Saturday, October 18, 2008

Once Upon A Time: Don

Jika menyebut satu nama yang ringkas ini, tentu masih segar diingatan tentang kenakalan watak ciptaannya Dan Din Don melalui terbitan dwi bulan majalah GG. Nama Don meniti dibibir peminat melalui lakaran dan dan strokenya yang agak berlainan dengan kartunis-kartunis lain di Malaysia. Beliau antara kartunis awal majalah Gila-Gila. Stroke pen dan berusnya amat ketara pada lukisan kartun-kartun awalnya seperti Pasung Puako yang diadaptasi dari filem purba arahan Allahyarham M. Osman. Di awal penerbitan Gila-Gila, filem-filem box-office tempatan turut dikartunkan oleh katunis-kartunis Hj. Zainal Buang Hussin, Saadon Ishak, Ambo dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama sahaja). Masih ingatkan kepada siri Pendekar Mato Tiga?

Imej Animasi dari blog Don

Kini Don menumpukan sepenuh masanya sebagai pelukis karikatur. Untuk mengetahuil lebih lanjut mengenai beliau atau ingin menempah lakaran bolehlah lawati laman http://procaricature.wordpress.com/