Showing posts with label majalah Gila-Gila. Show all posts
Showing posts with label majalah Gila-Gila. Show all posts

Saturday, March 07, 2009



....
GG keluaran Mac 2009 no 697, mengadunkan yang baru dan lama. Siapakah yang baru itu? Tidak lain dan tidak bukan kartunis 4Zee ( Fauzee? atau Po-G ker?), Adoi dan Rusyadali. Penampilan kartunis Umbut yang pakcik sangkakan Poyo untuk kartun tiada kredit satu halaman Adegan Yang Tak Ingin Kita Lihat. Adakah kartun ini kartun yang segar (baru dihasilkan)? Ada lagi beberapa kartun satu halaman yang tiada kredit kartunisnya. Diharapkan editor dapat menyemak proofnya.

Meneliti ruang Lakar Kelakar GG di halaman 60 dan 61,pakcik rasa seperti dikeluarkan dari fail kartun-kartun yang tidak pernah diterbitkan. Salah satu darinya ialah kartun yang dihasilkan oleh Alif di halaman 61. Apa-apa pun,ruang Lakar Kelakar boleh disertai oleh para pembaca untuk menunjukkan bakat mereka

Saturday, October 18, 2008

Once Upon A Time: Don

Jika menyebut satu nama yang ringkas ini, tentu masih segar diingatan tentang kenakalan watak ciptaannya Dan Din Don melalui terbitan dwi bulan majalah GG. Nama Don meniti dibibir peminat melalui lakaran dan dan strokenya yang agak berlainan dengan kartunis-kartunis lain di Malaysia. Beliau antara kartunis awal majalah Gila-Gila. Stroke pen dan berusnya amat ketara pada lukisan kartun-kartun awalnya seperti Pasung Puako yang diadaptasi dari filem purba arahan Allahyarham M. Osman. Di awal penerbitan Gila-Gila, filem-filem box-office tempatan turut dikartunkan oleh katunis-kartunis Hj. Zainal Buang Hussin, Saadon Ishak, Ambo dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama sahaja). Masih ingatkan kepada siri Pendekar Mato Tiga?

Imej Animasi dari blog Don

Kini Don menumpukan sepenuh masanya sebagai pelukis karikatur. Untuk mengetahuil lebih lanjut mengenai beliau atau ingin menempah lakaran bolehlah lawati laman http://procaricature.wordpress.com/

Sunday, June 01, 2008

Selamat Hari Bapa


Gila-Gila 688 sudah berada di pasaran lagi, ketika saya ingin mencari isu yang lepas untuk sahabat saya. Janji untuk mengepos Gila-Gila 687 kepadanya, tidak tertunai. Apa yang menarik dalam isu 687 itu? Tidak lain dan tidak bukan di dalamnya ada komik Baba Chuah yang berjudul Pontianak. Beliau sangat meminati pelukis komik versatil itu.

Sekalung tahniah kepada kaleris yang menjadikan cover Gila-Gila 688 sedap memandang.