Tuesday, October 21, 2008

Once Upon A Time: Rosdin Saidin


Imej dari Ikhwantoday

Masa tokcik muda-muda dulu, majalah komik remaja yang ado kat pasaran maso tu, Rina dan Bambino je. Majalah humor pulok, Ha Hu Hum. Yang menyumbang komik di majalah Rina dan Bambino tidak lain dan tidak bukan, Rosdin Saidin. Ilustrasinya cukup comel dan sentuhan warna air cukup memukau pandangan mata. Dari jauh sudah nampak wajah ilustrasi gadis comel yang menjadi penghias cover majalah Rina. Satu lagi trademark Rosdin Saidin ialah kerawang dan bingkai yang menjadi hiasan di sudut tepi atas dan bawah.
Tokcik, masa sekolah dulu tangkap cintan dengan majalah Bambino ini kerana ramai pelukis komik dan ilustrator yang strokenya power root. Karya Rosdin Saidin yang mula-mula menjadi penghias Bambino di cover depan dan belakang ialah Menggembara Ke Dunia Khayal. Kemudian menyusul watak Bambino, yang dilukis oleh Rosdin. Selepas beliau ialah Suhaime Salleh, Azman Yusoff dan allahyarham Nik Nordin.

No comments: