Monday, February 27, 2006

penggembara

Menggembara adalah salah satu cara untuk mencari idea untuk dicurahkan ke dalam lakaran kartun. Lihatlah, betapa banyaknya tema yang boleh dijadikan ilham. Rejabhad pernah menaiki kapalterbang dan land cruiser di Sabah hanya untuk menulis dan melakar kartunnya Panau-panau di Sabah.

Sewaktu dalam penggembaraanya, beliau sempat bertemu dengan saya dan bermalam di rumah bujang kami. Malunya saya tidak dapat menyediakan yang terbaik buat arwah. Sewaktu di rumah kami, arwah menunjukkan berus cina seperti pen yang digunakan untuk menghasilkan stroke kelasik beliau. Seperkara yang menarik, beliau juga membawa bersama beg pakaian kecilnya. Dalam sampul surat yang berukuran A4, beliau mengeluarkan 4 buah kepingan plastik (filem cetak) finished artwork kartun Dan Din Don yang dihasilkan oleh Don untuk GG.

Selama ini saya hanya membaca dalam buku-buku tentang proses percetakan dalam khutub khanah. Bertuah saya masa itu, saya dapat melihat dengan mata sendiri 4 kepingan warna yang berlainan iaitu CMYK. Sewaktu Bengkel tempoh hari, sdr SiNagaNaga ada menyentuh tentang proses cetakan yang menggunakan RGB dan CMYK.

No comments: