Monday, February 27, 2006

Mesej

Seorang pelajar IPTA menghantar emailnya kepada saya. Dia seorang peminat kartun dan anime dari Jepun. Dia mengemukakan persoalan sejauh manakah pengaruh COSPLAY kepada pembaca dan peminat. Saya memberi jawapan yang sangat mudah dan ringkas. Pengaruh Cosplay ke atas peminat manga, kartun dan anime Jepun di Malaysia tidaklah begitu ketara sangat seperti yang berlaku di Hong Kong, Jepun, San Diego dan New York dimana setiap tahun ada konvesyen kartun, manga, komik, anime seluruh dunia diadakan. Cosplay adalah satu event yang diadakan. Tujuannya diadakan oleh peminat-peminat dalam genre itu yang disebut sebagai "fansurb" yang sangat fanatik. Mereka memperagakan pakaian dan karekter yang diminati dalam komik, manga, kartun dan anime yang cukup popular masa kini.

Pengaruh COSPLAY ini berlaku apabila ledakan manga dan anime dari negara matahari terbit ini dalam tempoh masa 10 hingga 15 tahun yang lalu. Pembuat dan pembangun platform "games" begitu agresif menghasilkan produk-produk berasaskan karekter manga, anime dan mecha yang popular. Mereka berkerjasama dengan penerbit-penerbit manga, anime untuk memasarkan produk-produk diluar negara. Satu punca kenapa komik-komik Marvel, DC, Dark Horse dan lain-lain terumbang-ambing.

Apa puncanya? Senang sahaja jawapannya. Remaja-remaja Jepun adalah diantara jutaan-jutaan pembaca dan peminat manga dan anime. Mereka begitu trendy dan fashionable. Apa yang ditonjolkan di dalam medium manga serta anime akan cuba dilakukan dalam dunia nyata. Pernah dengar JPop culture? Silakan cari maklumat dan info di dalam internet dan bahan bacaan.

Apa-apa pun komik, kartun, manga dan anime ada mesejnya tersendiri yang hendak disampaikan. Ada nilai positif dan disebaliknya. Kita jangan terlalu taksub dan absorb sepenuhnya yang datang dari negara Jepun ini. Ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Sewajarnnya kita sudah mempunyai nilai-nilai dan komik yang disebut inilah Komik Malaysia. Stroke manga dan stroke US bukanlah suatu perkara yang menjadikan titik tolak untuk kita berkarya.Yang pokoknya ialah pengisian dan tema yang hendak diutarakan kepada pembaca samada golongan remaja maupun dewasa. Kalau ada pembaca tidak menerima aliran manga dalam karya seseorang itu, bukan bermakna seseorang itu kuno. Lupakan perbalahan dan pertikaman lidah di forum-forum berkenaan dengan stroke. Berusahalah.

No comments: