Sahabat saya menyebut di Mesir sedang dilanda virus selsema burung melalui YM. Ketika itu saya ke CC untuk menghantar sinopsis kepada sahabat pelukis Kromosom. Saya memaklumkan kepada sahabat di Mesir itu, YM saya ada masalah. Kena pangkah dan dia pun faham kenapa saya tidak berkomunikasi agak lama. Saya pun bergurau yang dia sedang demam, haha tersalah gurauan saya malam itu. Bukan niat untuk mendoakan kesihatan. Saya cepat-cepat mengatakan dia sememangnya demam tidak dapat baca komik. Dia sedang menunggu kiriman komik-komik dari tanah air.
Sebenarnya saya ingin menggunakan imej tersebut yang dilukis oleh seorang sahabat pelukis dan pembangun website iaitu Oraet. Bakatnya memang cukup serlah dan saya yakin beliau sedang mengusahakan satu komik yang kita nanti-nantikan. Tunggu dan lihat, desas desus dia akan membuat satu kejutan seperti Alifstyle juga. Jangan mara ya Alif!!!! Cayalah Emio, keep it up!!!!
Kalau di Sabah di bahagian pantai barat, ayam di sebut manok. Mengingatkan kartun yang saya lukis dan hantar kepada arwah Rejabhad di GG menggunakan tema budak tadika yang baru belajar mengeja perkataan "a.y.a.m.". Ejaannya watak yang saya lukis itu betul dalam belon dialog tetapi dia menyebut perkataan "m.a.n.u.k". Kartun yang saya lukis itu lah saya terima bayaran RM 15 dari arwah.
Seorang ustaz, juga sahabat saya pergi ke pasar Manir. Dia bertanya dengan tukang jual ayam. "Masih lagi laku ke daging ayam? Tidak takut ke dengan selsema burung?," tanya ustaz itu. Si penjual ayam menjual ayam menjawab dengan selamba," Di luar sana lebih ramai orang tidak takut bahaya dadah. Sudah tahu dadah itu merbahaya, kenapa masih lagi ada yang sanggup bermati-matian kerananya."
No comments:
Post a Comment