Sunday, February 26, 2006

Kartun

Saya membelek-belek tabloid Buletin Utama keluaran 1 hb. Februari 2006. Memang saya agak ketinggalan mendapatkan tabloid ini. Suatu yang menarik tentang tabloid ini ialah adanya seorang kartunis yang agak terkenal iaitu Sdr. Umbut. Beliau sempat saya berjumpa 3 kali sebelum ini di kota raya. Ruangan yang beliau tulis ialah Rayau-rayau Kotaraya dalam majalah Mato-Mato yang dikendalikan oleh beliau.

Apa yang menarik tentang artikel yang beliau tulis di dalam tabloid BU ialah keinginan beliau kembali ke kerja yang amat beliau minati dari kecil iaitu menjadi kartunis. Jawatan yang beliau pegang sekarang ialah sebagai seorang wartawan BU. Kerjanya tentulah penat mencari berita ke seluruh pelusuk negara. Selain dari menulis, Umbut memang komited dengan kartun. Ibarat lagu dengan irama berpisah tiada. Selamat berkartun kepada seorang sahabat ini.

Sewaktu menghadiri Bengkel Storyboard PTS ke 2, ada saya hubungi beliau. Malangnya tidak dapat bersama beliau kerana beliau hendak buat coverage tentang aktiviti PTS di Alamanda pada hari yang sama. Hari Khamis yang lalu, saya mengacah beliau melalui SMS. Hahahaha..salah sangka saya rupanya.

Rugi rasanya saya tidak bersama rakan-rakan karyawan yang lain menyertai Bengkel Komik dan Kartun yang disampaikan oleh sdr. Zunar. Bagi rakan-rakan yang menghadiri tentu sekali telah kembali dengan segenggam emas tulis. Tahniah kepada penganjur.

3 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Ya, saudara rugi tidak berpeluang bersama kami dalam bengkel Sdr Zunar. Saya belanja beliau makan dalam Giant, beliau dan isteri makan satu ekor ikan kembung bakar, kongsi berdua. Aduh! Bahagianya pengantin baru itu. Isterinya pendiam, senyum saja....

iQaH said...

awak ni kartunis ke??

Kalamtimur said...

hahaha rugi betul saya pun. insya allah ada lagi bengkel seperti itu, pn Ainon kan? Semoga mereka berdua aman bahagia.



Iqah, saya sekarang hendak menumpukan kepada penulisan skrip komik dan kartun. kalau ada contoh lukisan boleh tunjukkan.