Tuesday, January 17, 2006

Who wants to be a comic artist? Part IV

Setelah 3 dekad menjadi pemerhati, pembaca dan pengumpul komik (baru sekarang), saya dapati komik-komik di Malaysia ini telah melalui satu tahap naik dan turunnya. Ada pasang dan ada surutnya. Seperti juga filem-filem Melayu dahulu dan kini. Untuk menjadi seorang pelukis komik adakah perlu mencari dan membaca sejarah perkomikan tanah air seperti setengah-setengah anak dibangku sekolah menduduki peperiksaan?

Bagi saya, untuk membaca dan mencari sejarah perkomikan tanah air tidaklah perlu sanga. Cukup sekadar kalau seseorang itu mengetahui dan mengenali sedikit tokoh-tokoh komik dan kartun tanah air. Bagaimana kita hendak mengenali tokoh-tokoh tersebut? Adakah kita perlu mendekati diri mereka? Mungkin ya dan mungkin tidak. Kita boleh mengenali dan mendekati dengan membaca dan meneliti karya-karya mereka.Sepanjang 3 dekad ini generasi sekarang amat bertuah dengan adanya banyak kemudahan seperti bengkel dan seminar seperti yang dianjurkan oleh PTS Millennia. Kalau zaman saya dahulu, kalau ada bengkel pun amat sukar untuk setengah-tengah kita untuk menghadirinya kerana kurangnya info mengenainya. Hanya mereka yang berada di sekitar Lembah Kelang sahaja yang berkesempatan menghadirinya seperti yang pernah diadakan oleh CESB, kelolaan Penghulu GG iaitu Allahyarham Rejabhad.

Saya ingin menarik perhatian pembaca blog ini dengan jemputan pihak PTS Millinea berkenaan bengkel yang akan diadakan. Post ini dihantar oleh Tuan Fauzul Naim di pergh.com

"PTS Millennia Sdn Bhd dengan sukacitanya menjemput para penulis storyboard, pelukis komik & kartun (penciler & inker) ke Bengkel Storyboard & Hakcipta Komik Malaysia yang akan diadakan mengikut butiran berikut :

Tarikh : 22 hb Januari 2006 (Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 5 petang
Tempat : Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata

Bengkel ini bertujuan memberikan maklumat dan ilmu mengenai bagaimana membuat cerita, mengalihkan cerita ke bentuk thumbnail, melindungi hakcipta bagi pelukis komik dan kartun dan perancangan penerbitan komik malaysia.

Semua ahli Pergh dan bukan ahli Pergh daripada kalangan penulis storyboard, pelukis komik & kartun (penciler & inker) dijemput hadir. Kepada para pelukis komik & kartun yang sudah memberikan proposal dan belum memberikan proposal juga digalakkan hadir terutamanya perancangan penerbitan bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006.

Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi Wan Zuhairi di wanzu@ptsmillennia.com ataupun hubungi 092330485. Kami menunggu anda di sana. Terima kasih.

NOTA: Peta ke Taman Permata boleh dimuat turun di http://www.ptsmillennia.com/modules/mydown...php?cid=1&lid=5"

Saya rasa Bengkel Storyboard dan Hakcipta Komik Malaysia ada suatu yang menarik dan patut dihadiri oleh pelukis-pelukis serta penulis-penulis muda. Seperkara lagi, bengkel itu diadakan secara percuma. Semoga penggiat-penggiat komik dapat memanfaatkan peluang tersebut.

No comments: