Monday, January 16, 2006
Duke Etnik
Hari ini saya menerima sebuah sampul berwarna kuning. Di sampul itu dilekatkan setem RM 2. Pertama-tamanya saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Duke selaku penulis, pelukis dan penerbit komik Duke Etnik. Saya menerima 2 buah set komik Duke Etnik untuk isu 1 dan isu 2. Keduanya, saya ingun mengucapkan syabas kepada beliau dan team REMPCA kerana mengusahakan satu hasilkarya yang amat jarang sekali diperkenalkan dipasaran. Dalam surat yang disertakan beliau, saya amat tersentuh usaha pihaknya memasarkan dan mengedar sendiri novel komik ini ke daerah-daerah dan negeri-negeri diseluruh Semenanjung Malaysia. Oleh kerana faktor cuaca yang tidak menentu (hujan dan banjir), Duke tidak sempat datang ke Kertih dan Terengganu. Saya berharap Duke dan rakan-rakan akan meneruskan berkarya serta kualitinya akan ditingkat dari masa ke semasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment