Hari ini, 22 hb. Januari 2006. Satu event yang dianjurkan oleh PTS Millinnea telah berlangsung di Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata, Kuala Lumpur. Semoga Bengkel Storyboard dan Hakcipta Komik Malaysia yang dihadiri oleh sebahagian besar penggiat komik dan penulis komik dapat memmbuka satu lembaran baru.
Sayang sekali, saya tidak dapat menghadiri di event yang julung-julung kali diadakan itu. Walau bagaimana pun diharapkan penyampai-penyampai kertas kerja, Tuan Fauzul Naim, Sdr Kromosom dan yang lain dapat memberikan yang terbaik kepada rakan-rakan penggiat komik dan dunia penulisan.
Dua hari yang lalu, saya ada menjenguk forum yang dikendalikan oleh rakan-rakan Huiyo. Forum ini masih diperingkat 'beta test'. Saya ini telah mengambil kesempatan dan telah menambah link marquee "Jom Jenguk Huiyo Net". Sila klik untuk ke Huiyo.net
No comments:
Post a Comment