Saturday, January 14, 2006

Who wants to be a comic artist? Part III

Tahun 2004 merupakan satu detik bermulanya penggiat komik bawah tanah muncul di khalayak dengan judul-judul yang sedikit sebanyak mencetus semangat. Menulis, melukis dan menerbit zine sendiri merupakan satu kepuasan buat penggiat komik underground. Kemunculan comix atau zine seperti Umbra telah memberi peluang penggiat-penggiat komik yang baru hendak mencebur dalam bidang komik dan kartun. Syabas kepada kedua teman ini Sdr. Ubdertaker dan Sdr. Nuriazam Ismail kerana memberi peluang kepada pengkarya-pengkarya komik dan kartun.

Komik tulisan Ubdertaker dan dilukis oleh Nurie iaitu Umbra-Red Sigma dan Umbra-Black Hole Down Under merupakan satu komik yang dianggap satu eksperimentasi yang berani. Setting ceritanya mencakupi fiksyen sains dan advencer thriller. Umbra turut memperkenalkan pelukis komik berbakat seperti Invictus melalui karyanya Hadiah Untuk Hilda, sebuah drama percintaan yang tidak kesampaian. Karya pertarungannya juga tidak kurang hebatnya. Strokenya kemas dan detail. Odows banyak menyumbangkan komik untuk Umbra termasuk melukis covernya. Beberapa komiknya yang agak berkesan dari segi penceritaan dan strokenya ialah Enigma, Ska8boy dan lain-lain lagi. Beliau turut dibantu oleh Silengtgecko dan Kimball dalam menghasilkan cover Umbra#9.

Selain daripada yang disebut diatas, pelukis-pelukis yang diperkenalkan doleh Sdr. Ubder dan Nurie ialah Kimball, Mafia yang tidak asing lagi dengan peminat Urbancomics, Alifstyle (Megi Itik), Neosidewinder, Iki, Yurie, Axeral dan Kulu (pelukis dari Sabah).

MaximaClan - zine keluaran Invictus dan Helmino, Synthesizer hasil usahasama Kimball, Odows, Zedd, Silentgecko, Arakian(Mohd Hairy dan Shikashen), SERRAM (Vrempire), Little Ugly dan Megi Itik (Alistyle), CorePeps (Buckshot)dan Avant Garde (Madstone)adalah sebahagian zine-zine underground yang turut berada di pasaran disamping perghzine (suntingan Ruby) dan Black Accessive(Azarimy). Kita harus merasa bangga kepada mereka kerana keberanian dalam menerbitkan zine-zine walaupun yang dihasilkan tidaklah sekualiti komik mainstream. Inisiatif mereka patut dicontohi.

Mato-Mato tampil dengan karya-karya Invictus, Odows, Icesoul, Junuh, Alyridura, Umbut, Wan Kenit, Aviltone, Izam dan beberapa orang pelukis dan kartunis lagi. Penampilan mereka dalam arena komik walaupun dalam dunia zine semata-mata memenuhi tuntutan dan kesedaran bahawa komik tanah air perlu diketengahkan kembali. Justeru itu, sumbangan mereka tidak harus diperkecil-kecilkan. HuiYo hasil gabungan Ensalim, Thirty Nine (39), Amirzakirana dan Prem mengejutkan warga pergh dengan sebuah zine yang cukup mantap pada tahun 2005. Zine ini diulang cetak kerana ramai yang meminta supaya dicetak kembali. Kita harapkan team HuiYo akan membuat satu lagi kejutan. Walau pun ramai yang sedang menanti, tetapi team ini sedang dan telah menyumbangkan sentuhan mereka dalam komik terbitan Karangkraf. Ada yang turut menyumbangkan karya untuk ezone.



(...nanti sambung lagi)

No comments: