Wednesday, January 11, 2006

Who wants to be a comic artist?: Part II

Di kesempatan ini saya ingin menyambung tulisan awal saya Who Wants To A Comic Artist? dan kali ini saya ingin menyentuh mengenai pelukis-pelukis komik serantau iaitu dari negara Filipina yang telah berjaya menyertai beberapa syarikat komik Us seperti DC dan Marvel.

LEINIL FRANCIS YU
Leinil ialah seorang pelukis komik terhangat di US sekarang ini, menghasilkan komik dengan memberansangkan sekali seperti X-Men, Wolverine, Fantastic Four dan buku komik ciptaannya sendiri untuk Cliffhanger, HIGH ROADS. Beliau dikatakan berkerjasama dengan penulis komik Mark Waid untuk komik Superman: Birthright. Sementara inkernya adalah Gerry Anguilan rakan senegaranya dari Filipina.

EDGAR TADEO
Edgar Tadeo ialah seorang pelukis yang mempunyai pelbagai bakat semula jadi. Beliau juga penciller, inker untuk komik (Wolverine, X-Men), colorist (Iron Man, Captain America), dan seorang otai dalam komputer. Beliau melakar dan melukis secara langsung di komputer, dan beliau boleh merekabentuk  website yang buat pengunjung ke lamannya meleleh air liur. Laman peribadi Ed:  http://cyanime.tripod.com/

ARNOLD ARRE
Arnold Arre ialah penulis yang memenangi anugerah serta pelukis   Mythology Class dan Trip To Tagaytay. Hasil kerjanya cukup memberangsangkan ialah dalam bentuk hitam dan putih , manakala hasilkerjanya dalam warna warni boleh dilihat di lamannya: http://www.arnold-arre.com/

PHILIP TAN
Philip seorang pelukis Filipina  yang muncul beberapa tahun kebelakangan ini. Hasilkerjanya yang cukup menawan ialah TALEWEAVER, bekerjasama dengan  Stan Winston dalam menghasilkan  Mutant Earth.

WHILCE PORTACIO
Whilce pula seorang pelukis yang tidak boleh disangkal lagi dikalangan pelukis-pelukis komik di Filipina , US dan luar negara. Beliau mempunyai pengaruh satu generasi pelukis dengan hasilkerjanya dalam judul komi seperti WETWORKS, X-Factor, X-Men, Stone dan akan meledak dalam projeknya, Stormwatch: Team Achilles.

ROY ALLAN MARTINEZ
Salah seorang pelukis yang berbakat dalam sekitar 10 tahun yang lalu. Pelukis komik dari Filipina ini berjaya memukau pembaca dan pengumpul komik dengan hasilkerjanya seperti WICKED, Loner, Hazard, Grifter, Wonder Woman, dan telah menghasilkan sebuah isu dalam komik  Smallville dalam masa terdekat.

(sumber: http://alanguilan.com/sanpablo/wasted.html )


Bagaimana pula senario dengan pelukis-pelukis komik dan kartun di Malaysia? Adakah mereka boleh berkerjasama dalam satu pasukan? Siapa kata tidak boleh, dalam menyediakan penulisan ini saya berkesempatan membelek majalah APO? no. 67 keluaran 15hb. Oktober 2001 (MOY Productions). Dalam keluaran tersebut ramai juga pelukis, penulis dan colorist yang cukup masyhur sekarang ini. Cerita kartun APO? Misteri Naga ditulis dan dilukis oleh Petai, inkernya Rambai dan colorist pula Aura.

Kerjasama pelukis dan penulis Ujang dan pelukis AIE telah menggegarkan persada komik dan kartun tanah air dengan ABE. Shah pula turut berkerjasama dengan penulis Nazim Masnawi di dalam Starz.

No comments: