Shoujo
Apa itu “SHOUJO”? Terma shoujo digunakan untuk mengkelasifikasikan manga-manga yang diterbitkan majalah yang berorientasikan budak-budak perempuan dan wanita muda. Genre ini menggunakan pendekatan pelbagai genrenye tersendiri: shoujo yang paling popular dan tipikal ialah “perempuan cantik berkuasa magis". Dan terdapat juga tema-tema yang mencakupi kehidupan serta aktiviti kesukanan, kisah cinta dan proses tumbesaran kaum remaja perempuan ini.
Rating untuk shoujo manga
Y = / Belia /Youth (10+) dan kemungkinan untuk semua peringkat umur. T = Remaja/Teen (13+) dan OT = Remaja Berusia / Older Teen (16+).
Josei Manga
Josei manga ialah manga yang dihasilkan untuk kaum perempuan yang sudah meningkat dewasa, shoujo berMAKNA perempuan, manakala josei pula bermaksud perempuan dewasa. Josei manga ini diterbitkan untuk dalam majalah untuk mereka (perempuan) yang berada di dalam lingkungan umur 18-30. Selain itu, sudah tentu sasaran pasaran manga ialah untuk mereka yang melibihi umur tersebut.
Josei manga mempunyai pelbagai visual dan penceritaannya (storytelling) berbanding dengan shoujo manga. Kita mungkin dikejutkan persembahan artwork , stroke yang simple lakaran mudah. Panel manga dalam kategori ini kadangkala layoutnya ala komik Barat. Laman web AnimeFringe mengkelasifikasikan josei manga sebagai manga yang cenderung memaparkan aspek kehidupan kotemporari Jepun sekarang ini, secara terus terang diskusi tentang seks , percintaan dan penglibatan wanita dalam pasaran pekerjaaan dijadikan tema “josei manga.”
Rating untuk Josei manga
OT = Remaja Berusia/ Older Teens.
M = 18+
Sumber: Zahara Shoujo Manga Page dan Tangerine Dream
(Tulisan ini bukan pandangan peribadi penulis blog ini dan dipaparkan sekadar untuk perkongsian.)
No comments:
Post a Comment