Showing posts with label pergh battle redesign characters. Show all posts
Showing posts with label pergh battle redesign characters. Show all posts

Tuesday, June 24, 2008

gadis sorak Heroes






Ini bukan step-by-step tutorial, sahaja letak development sketches dan direct painting dengan kedai gambar terus di komputer. Proses untuk menjinakan jari jemari, sudah bersawang. Tidak terlawan dengan generasi muda yang mempunyai skill speed painting.

Akhirnya siap sepertiga sketches dan painting, memang sudah tidak power. Segan nak letak kat pergh CRB.




Sunday, June 22, 2008

VVWIP

The Very-very Work In Progress. Masih lagi bersemangat bagi menyiapkan piece ni, not very proper actually. Masih perlu banyak latihan dan sentuhan. Mungkin terpaksa menghabiskan beratus jam lagi untuk dapat 50% kesempurnaannya. Pergh! Nasib baik amalan merokok, sudah 3 tahun ku buang jauh-jauh. Kita minum dulu! Pekena teh tarik ka, teh o lycee ka...

Sungguh sedap. Balik dari ofis terus singgah ke PSI. Ternampaklah majalah komik baru di antara deretan majalah-majalah komik yang biasa. Dari covernya macam biasa tengok, dah masuk isu ke 2 . Mula terbit pada 5 hb Jun, kepada penggemar komik HK, inilah masanya anda dapat menatap 5 tajuk dalam majalah komik Juara Komik, yang diterbitkan oleh Jademan Holdings. Iannya merupakan terbitan semula 5 komik aksi seperti Anak-Anak Wira, Jengking Merah, Petir Tunggal, Dewata Raya dan Senjata Misteri. Ini Wave mesti hangit!!!!!!!!

Pergh, dalam kita sedang berbicara halataju sebuah komik , senyap-senyap sahaja majalah komik aksi ini menarik dan mencuri pembaca remaja dan tidak terkecuali pengumpul komik tegar yang dewasa.

Akhirnya, siap jugalah piece yang tak berapa cantik ini. Azam alkazammmmm.



Wednesday, May 28, 2008

Bekman Pat Mat Tempe




Lucukah redesign karakter ikon Batman ini, sehingga saya memberi nama Bekman Pak Mat Tempe?? Ianya tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Monday, April 28, 2008

Bintang-bintang Gemerlap

Saban waktu, telah lahir bintang-bintang baru yang bersinar dan gemerlap. Silih berganti bintang-bintang yang kian malap. Hehe, apa yang saya karutkan ini?

Tidak lain dan tidak bukan, saban waktu telah lahir artis-artis baru yang mempunyai skil tinggi dengan waktu yang singkat. Artis-artis konsep dan dalam bidang ilustrasi komik, ternyata nama-nama mereka mula menyerlah dalam sekelip mata.

Cron, seupamanya mungkin ramai di luar sana tidak mengenali artis komik ini. Beliau persis seperti phoenix bangkit dari pertapaannya. Nama Cron mula tertera di majalah komik lewat tahun 2002 dalam Chatterz, kemudian dalam e-Zone dan kemudian menyepi. Bulan April, Cron telah kembali ke arena komik dengan persembahan yang lebih mantap. Musafir, kini sudah masuk ke 21 siri. Sebuah komik purbawara ala fantasi menghiasi dada akhbar Kosmo! setiap Isnin hingga Jumaat. Apa kisahnya Musafir itu? Sama-samalah kita kenali Cron melalui karyanya itu di Kosmo!

Artis digital yang turut terserlah dengan dibarisi oleh pejuang-pejuang muda boleh dilihat kehebatan mereka di pergh.battle of redesign character.dot.com