Monday, April 28, 2008

Bintang-bintang Gemerlap

Saban waktu, telah lahir bintang-bintang baru yang bersinar dan gemerlap. Silih berganti bintang-bintang yang kian malap. Hehe, apa yang saya karutkan ini?

Tidak lain dan tidak bukan, saban waktu telah lahir artis-artis baru yang mempunyai skil tinggi dengan waktu yang singkat. Artis-artis konsep dan dalam bidang ilustrasi komik, ternyata nama-nama mereka mula menyerlah dalam sekelip mata.

Cron, seupamanya mungkin ramai di luar sana tidak mengenali artis komik ini. Beliau persis seperti phoenix bangkit dari pertapaannya. Nama Cron mula tertera di majalah komik lewat tahun 2002 dalam Chatterz, kemudian dalam e-Zone dan kemudian menyepi. Bulan April, Cron telah kembali ke arena komik dengan persembahan yang lebih mantap. Musafir, kini sudah masuk ke 21 siri. Sebuah komik purbawara ala fantasi menghiasi dada akhbar Kosmo! setiap Isnin hingga Jumaat. Apa kisahnya Musafir itu? Sama-samalah kita kenali Cron melalui karyanya itu di Kosmo!

Artis digital yang turut terserlah dengan dibarisi oleh pejuang-pejuang muda boleh dilihat kehebatan mereka di pergh.battle of redesign character.dot.com




No comments: