Sunday, June 22, 2008

VVWIP

The Very-very Work In Progress. Masih lagi bersemangat bagi menyiapkan piece ni, not very proper actually. Masih perlu banyak latihan dan sentuhan. Mungkin terpaksa menghabiskan beratus jam lagi untuk dapat 50% kesempurnaannya. Pergh! Nasib baik amalan merokok, sudah 3 tahun ku buang jauh-jauh. Kita minum dulu! Pekena teh tarik ka, teh o lycee ka...

Sungguh sedap. Balik dari ofis terus singgah ke PSI. Ternampaklah majalah komik baru di antara deretan majalah-majalah komik yang biasa. Dari covernya macam biasa tengok, dah masuk isu ke 2 . Mula terbit pada 5 hb Jun, kepada penggemar komik HK, inilah masanya anda dapat menatap 5 tajuk dalam majalah komik Juara Komik, yang diterbitkan oleh Jademan Holdings. Iannya merupakan terbitan semula 5 komik aksi seperti Anak-Anak Wira, Jengking Merah, Petir Tunggal, Dewata Raya dan Senjata Misteri. Ini Wave mesti hangit!!!!!!!!

Pergh, dalam kita sedang berbicara halataju sebuah komik , senyap-senyap sahaja majalah komik aksi ini menarik dan mencuri pembaca remaja dan tidak terkecuali pengumpul komik tegar yang dewasa.

Akhirnya, siap jugalah piece yang tak berapa cantik ini. Azam alkazammmmm.



No comments: