
Mereka kini telah bersiap sedia.Jika tidak ada aral melintang, anugerah yang julung-julung kali diadakan untuk mertabatkan kartunis, pelukis komik dan penerbitan komik Malaysia.
Sekadar memberi sokongan dan majulah wadah komik tanah air.
Selepas kemunculan Kecempreng-Man, PTS bakal memasarkan komik superhero tempatan dengan judul Liga Pendekar. Komik Liga Pendekar ditulis dan dilukis oleh Muhamad Azhar Abdullah, lebih mesra dikenali Azharmaa dikalangan rakan-rakan penggiat komik tempatan. Liga Pendekar merupakan novel grafik pertama beliau, Azhar seorang penggiat komik tempatan yang disegani, juga Presiden PeKOMIK. Walaupun beliau seorang peminat komik US/Jepun, namun masih mengutamakan nilai-nilai tempatan.
Kesibukan tugasan harian beliau sebagai seorang lecturer di sebuah institusi tidak membantutkan usaha memperjuangkan seni komik