Buat julung-julung kalinya, PeKOMIK berjaya menerbitkan majalah mini-komiknya sempena MiniKon di PWTC sewaktu Pesta Buku Antarabangsa yang lalu. Dengan penampilan zine-zine indie yang lain, WoW! merupakan suatu wadah untuk menyampaikan mesej yang cukup jelas iaitu Memertabatkan Komik Tanah Air. Sewaktu bersembang santai di YM dengan Setiausaha Kerja Pekomik, sdr Jonos. Pekomik mengharapkan sokongan semua samada para ibubapa untuk mendokong cita-cita tersebut.
Selama ini, para ibu bapa menganggap komik tiada membawa mesej yang membentuk masyarakat ke arah positif. Sewaktu berlangsungnya MiniKon ini, gerai PeKOMIK mendapat sambutan yang agak menggalakkan. WoW! menampilkan komik dan karya yang patut dimiliki dan dibaca kerana latar belakang pengkarya yang datang dari pelbagai bidang. Rata-ratanya ingin menjadikan komik tanah air seperti zaman keemasan Mediaseni.

No comments:
Post a Comment