....
Bakat, adalah anugerah Allah SWT kepada seseorang individu. Terpulang kepada individu itu untuk menggunakannya sebaik mungkin. Ada orang berbakat dalam bidang nyanyian, ada orang berbakat bermain muzik, ada orang berbakat membuat lawak dan bermacam-macam lagilah.
Menyentuh tentang, bakat dalam diam tak diam nun di Negeri di Bawah Bayu, seorang insan yang bernama MN Hadi. Secara tidak sengaja juga, pakcik google dan terjumpa blognya. Seseorang berprofil rendah, tidak mahu dikenali ramai barangkali kerana tiada email dan ulasan atau jeritan suara di blognya. Barangkali,kalau ada mungkin beliau dapat berkomunikasi dengan ramai pelukis komik di serata Malaysia , just my 35 cents. MN Hadi telah menghasilkan beberapa komik pendek, komik satu muka surat dan kartun satu muka surat. Pakcik percaya, beliau boleh pergi jauh melihat kepada bakat lukisan dan story-telling di blog Coret-Conteng.
No comments:
Post a Comment