Wednesday, March 18, 2009

Kalaulah..

....
Tak semena-mena pakcik terjumpa blog ini, ketika mencari maklumat tentang kartunis dan pelukis yang pakcik anggap sebagai unsung hero. Barangkali tidak ramai generasi muda yang mengenali Mishar atau Mior Shariman Hassan, abang kepada penyanyi terkenal yang membawa lagu Prolog Cinta dari Wemberly,Mior Suhaimi Hassan. Apa yang pakcik hendak cari tidak ketemu, hanya sedikit info yang boleh dikongsi.Tidak banyak info kecuali yang tersiar di wikipedia, yang pakcik tulis gak tu. Pakcik try google dengan perkataan Mishar dan Batu Api dan terjumpa imej yang menggambarkan koleksi lama Ujang dan Gila-Gila yang di belakangnya terletak gambar majalah Iron Maiden. Kalau sewaktu dulu ada kemudahan scanner, kamera digital dan website pakcik dah tangkap gambar koleksi komik tahun 80an dan 90an seperti deaf-angel lakukan. Apa boleh buat, masa tu belum ada lagi capaian internet dan wannabe gajet macam la ni, jom ke

http://deaf-angel.blogspot.com/search/label/Books-Comics-Mags-News

Di blog tu, penulis tersebut meletakkan banyak gambar yang beliau ambil, buku-buku koleksi, terutama Lat. Phew, kebetulannya beberapa hari yang lepas, Lat telah dianugerahkan Ijazah Kehormat dari Permaisuri Tuanku Bainun di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

No comments: