Friday, March 20, 2009

layan Zombie Kg. Pisang

....
Layan tayangan ulangan The Making of Zombie Kampung Pisang di astro ria, sambil berbaring di sofa. Perut menahan senak, bukan kerana mahu membuang angin atau hampasnya...oppsss I'm sorry. Pakcik ketawa terbahak-bahak menahan sakit perut. Kelakarlah jawapan pelakon-pelakon secara semberono mereka membuat ulasan disebalik tabir pembikinan Zombie Kampung Pisang. Salut kepada astro ria biarpun menyiar-ulang program ini, kalau siaran ulangan cerita kelasik Tan Sri P. Ramlee, penonton tak kisah, inikan pula filem yang dibuat dalam tahun 2007, kan?

Pakcik dok bayangkan kalaulah Mamat Khalid ini diberi peluang menjelmakan cerita-cerita kartun ke layar perak, apa gamaknya Mamat Khalid akan kerejungkan pelakon-pelakonnya seperti dalam Zombie Kampung Pisang. Pakcik dok bayangkanlah kalau A. Mahmud yang berambut remoih tu, dengan A.Zaitong, karya Fatah Ngah. Kalau ambik Sulaiman Yassin bawak watak A.Mahmud, tak berapa sesuai sebab dia pun dah berumur. Atau pun, kalau di buat live action The Kampung Boy, hahaha

No comments: