Monday, April 28, 2008

Intelligent Blues Club

Hakmilik dan hakcipta Ujang dan CESB

Selesai menziarah kakak saya yang terlantar di hospital, terus saya ke pusat bandar(raya), singgah di Pasar Kedai Payang. Isteri ingin membeli sesuatu, lalu saya pamit untuk menunaikan solat asar di surau lama. Kami berjanji akan bertemu di kedai buku Alam Akademik.

Di situ, saya ternampak senaskah buku komik Kecemprengman, lalu saya terus membeleknya. Koleksi kartun yang berjudul I.B.C. dan koleksi kartun karya Imuda terletak di satu sudut di pintu masuk kedai tersebut. Saya mengambil senaskah koleksi I.B.C., karya pelukis, penulis dan kartunis yang masih menjadi ikon tempatan. Sudah tentu, namanya amat dikenali, iaitu Ujang.

Cover yang tertera di sini di pautkan dari jibam.blog.cesb.com.my Versi cetakan telah diubahsuai grafik artis Odowsun. Apa yang menarik kompilasi I.B.C. ini begitu nostalgik bagi mereka yang pernah bergelar murid atau pelajar sekolah. Sedikit sebanyak, ia berjaya mengimbau kenangan silam. Melalui kehidupan sebagai seorang murid sewaktu menempuhi alam remaja begitu manis dan menusuk jiwa. Apa lagi kalau, tinggal di asrama. Tentu banyak kenangan yang tinggal dalam lipatan sejarah. Begitu pun, Ujang berjaya menghasilkan karya yang masterpiece dan masih lagi malar hijau.

No comments: