Lagi tentang Ujang, majalah Lawak Antarabangsa. Ketika mencari bahan-bahan dan komik berhubung dengan Azman Yusof, saya terjumpa dengan satu url yang tidak kurang hebat, kat multiply.com Lama juga saya meninggalkan sesawang kat multiply.com saya, tidak dikemaskini. Rupanya banyak imej yang boleh didapati dari http://waemesul71.multiply.com/ Kepada fan Ujang di luar sana, jom kita kelih apa yang ada di sana. Terima kasih, sdr Waeemsul71 kerana memberi respons dan kebenaran menggunakan imej dalam beberapa saat.
Showing posts with label Ujang. Show all posts

Thursday, October 16, 2008
Wednesday, October 08, 2008
Masih terkenang-kenang
Masih ingatkah engko?
Masih engko ingatkah?
Engko masih ingatkah?
Engko ingatkah masih?
Ingatkah engko masih?
.. dengan penampilan teristemewa ini?Engko masih ingatkah?
Engko ingatkah masih?
Ingatkah engko masih?

Inilah dia cover majalah yang saya cari-cari, selama ini.
Akhirnya dapat juga dari blog Faizalmukhtar. Terima kasih ya, mencilok imej dengan izin.
Majalah Ujang yang keluaran pertama banget ini,
sudah tiada dalam simpanan saya
kerana telah disiat-siat pembaca-pembaca yang tidak setia.
Huhu banyak banget komik baru yang dipreviu kat Kedaikomik

Monday, April 28, 2008
Intelligent Blues Club
Selesai menziarah kakak saya yang terlantar di hospital, terus saya ke pusat bandar(raya), singgah di Pasar Kedai Payang. Isteri ingin membeli sesuatu, lalu saya pamit untuk menunaikan solat asar di surau lama. Kami berjanji akan bertemu di kedai buku Alam Akademik.
Di situ, saya ternampak senaskah buku komik Kecemprengman, lalu saya terus membeleknya. Koleksi kartun yang berjudul I.B.C. dan koleksi kartun karya Imuda terletak di satu sudut di pintu masuk kedai tersebut. Saya mengambil senaskah koleksi I.B.C., karya pelukis, penulis dan kartunis yang masih menjadi ikon tempatan. Sudah tentu, namanya amat dikenali, iaitu Ujang.
Cover yang tertera di sini di pautkan dari jibam.blog.cesb.com.my Versi cetakan telah diubahsuai grafik artis Odowsun. Apa yang menarik kompilasi I.B.C. ini begitu nostalgik bagi mereka yang pernah bergelar murid atau pelajar sekolah. Sedikit sebanyak, ia berjaya mengimbau kenangan silam. Melalui kehidupan sebagai seorang murid sewaktu menempuhi alam remaja begitu manis dan menusuk jiwa. Apa lagi kalau, tinggal di asrama. Tentu banyak kenangan yang tinggal dalam lipatan sejarah. Begitu pun, Ujang berjaya menghasilkan karya yang masterpiece dan masih lagi malar hijau.

Subscribe to:
Posts (Atom)