Showing posts with label komikoo. Show all posts
Showing posts with label komikoo. Show all posts

Sunday, September 28, 2008

Penangan mangaka buatan Malaysia

Pertama dalam isu terbaru ini, Komikoo tampil dengan pendekatan manga buatan Malaysia. Tidak kerterlaluan nama-nama mangaka ini telah pun amat dikenali di kalangan peminat manga. Pelukis cover Komikoo #6 ini, Kidchan pernah berkarya dengan majalah Powder yang dipimpin Ben. Mangaka ini bukan-bukan calang orang, hasil karya digitalnya terpampang di Community Gallery, Wacom Asia. Untuk isu ini, Kidchan menghasilkan manga Fragile dan semua hasilkarya mangaka dalam hitam dan putih. Nama-nama seperti Hanie, Eisu, Aimo, Ben tidaklah begitu asing. Hanie dengan karya satira satu muka warna berjudul Identity. Karya beliau yang lain ialah Sweety Candy dan Iklan Retro- Dynabomb. Mel Celestial pun turut berkarya.

Aimo pula dengan Setia Menanti, Edward Sam dengan Program Pertukaran Pelajar. Eisu pula Mengajar Cara Melukis dan Scavengers. Hiroshi, dengan manga stail stroke Shah dengan kisah ala thriller Belalang. Kenapa editorial memilih edisi ini berkonsepkan manga, maka pembaca di luar sana wajib membaca dan sekali gus memilikinya. Ianya akan terjawab melalui muka surat nota bene.

Harapan saya semoga selepas isu ini, tanggapan Komikoo tidak menerima karya ala manga dapat dikikis. Ganbatte!

Monday, September 15, 2008

Naik harga

Dalam seminggu ini seorang kaki komik mengirimkan sms dan bertanyakan khabar tentang Komikoo isu terbaru. Adakah ianya sudah berada dalam pasaran? Nampaknya beliau tidak sabar menanti akan kemunculan majalah komik ini. Maka, dengan jawapan 50-50, saya menjawap yang ianya belum lagi berada di pasaran.
Komik terjemahan yang mendapat lesen dari pada Hong Kong, terutamanya siri komik Anak Raja Rimba, Wira Golok, Senjata Misteri akan dinaikan harga dari RM3.00 kepada RM3.50 mulai 1 Oktober 2008.

Sunday, August 17, 2008

Komikoo#5

"Apsal ada Juganah dalam komikoo?" Saya terima msg dari seorang pencinta komik yang kental. Saya belasah dengan jawapan ini, " Asalan II ialah endingnya dan beginning of Juganah" Haha itu kena tanya pelukisnya Kromosom. Check it out dalam komik00#7 seperti diwartakan ending Asalan II.

Wednesday, June 11, 2008

Tabik !!


Semenjak seminggu ini tiada entri baru. Saya kebuntuan idea untuk mengepos entri, walaupun di pasaran sudah terdapat majalah komik baru. Ada yang sudah dibeli, belek baca free pun ada juga. Sudah terbiasa, sejak remaja dulu mesti belek baca dulu. Bila hati sudah berkenan baru beli. Dulu lain sekarang lain.

Dulu terpaksa menjimat duit belanja persekolahan. Itulah gaya hidup ketika itu. Dapat dua posen duit saku, belanja seposen, simpan seposen. Kalau ngam dengan geng sekepala, kaw-kawtim pakat rembat Utusan Pelajar. Share-share beli dan baca sampai lunyai Utusan Pelajar yang terbit seminggu sekali. Kat situ kami mula, mengenali nama pelukis kartun dan komik tanah air seperti A. Shukor Lin, Raja Hamzah, Razali MHO, Mishar dan ramai lagi. Kami yang hanya mendapat info yang terbatas dari bahan bacaan yang sedia ada. Pelukis-pelukis masa itu, semuanya menggunakan skil tersendiri dan alatan pun masih manual.

Di zaman digital, dengan bantuan perisian komputer yang dapat membantu pelukis dalam meng"inking" dan mewarna komik dihasilkan dengan pantas. Saya sungguh kagum dengan kepantasan dan kesediaan para pelukis komik dan kartunis generasi sekarang mempelajari dan memperaktikannya dalam kerja-kerja menghasilkan artwork dan komik. Bukan sekadar itu sahaja, malahan mereka dapat menghantar hasil kerja kepada editor dengan pantas. Apa-apa pun, penghasilan komik secara manual pun masih lagi mendapat tempat di tanah air dan masih mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Ayuh kita baca komik buatan tempatan seperti g3, Gila-Gila, Gempak, Komikoo dan lain-lain lagi. Hehehe, meskipun berlaku pengstrukturan subsidi bahan api dan kenaikan harga barangan...

Thursday, November 01, 2007

Komikoo

Courtesy dari http://www.komikoo.blogspot.com dan pergh.com

Kemunculan Komikoo amat dinanti-nantikan peninat komik yang dahagakan "pure comic". Awas, nanti kemunculannya. Apakata mereka? KOMIKOO #0 - DI PASARAN PERTENGAHAN NOVEMBER 2007 dan apa pulak kata Encik MF Ajif, pelukis komik Fetus in Fetu , check it out kat websitenya.