Showing posts with label Gempak. Show all posts
Showing posts with label Gempak. Show all posts

Sunday, November 23, 2008

Manga

Petang semalam: Agak lambat membeli surat khabar, malas nak turun kedai. Hujan, segan nak pergi. Asyik termangu depan pc, hahaha teruja dan terkesima baca BAKUMAN, reversing the chapters..Semalam, di Kuala Lumpur- Perjumpaan PEKOMIK diadakan. Tidak dapat hadir lagi.

Petang baru turun, recee kedai buku. Dalam mind hendak tangkap Komikoo #7, kalau sudah ada. Last-last tertangkap Gempak #217 dan Utopia #143 isu cuti sekolah. Tebal dan surat khabar Utusan Malaysia dan Kosmo! Komik BARAN yang dilukis dan ditulis oleh Ajif, kali ini mengflash back meeting Pekomik. Fuyoo, ada watak Lefty dalam meeting tu..

Hari ini: langit mendung dan lepas pekena roti canai dan beli nasi lemak 5 bungkus balik mengadap baca manga BIOMEGA yang dihasilkan oleh Tsutomu Nihei pulak... Story mory dan jalan cerita memang power...patutlah manga control the comic market. Komik cyber-punk, mengingatkan Tokcik kepada pelukis Malaysia, Puppeteer yang menghasilkan Velocity.

Friday, October 31, 2008

Isu 1 November




Penantian itu satu penyiksaan, itulah ungkapan lagu puitis Zubir Ali. Ramai yang ternanti akan kehadirian POPCORN. Habis sudah kedai-kedai buku diredah sama ada Mynews.com. MPH, 7 ELEVEN dan Popular Bookstore. Walau pun demikian, kita layan dulu majalah komik yang terbit pada 1 November ini. Salah satu foto yang di tangkap muat ialah hasilkarya klasik Don yang berjudul APAK, diberi sentuhan warna digital di majalah Gila-Gila. Juga, sebuah karya klasik dari majalah FANTASI dulu-dulu diberi sentuhan warna. Judulnya, Rimbun Yang Pulang. Kredit penulis dan pelukisnya tidak tercatat. ZBH pula semakin kreatif dengan Wak Punk dan legenda Hang Tuah  versi Lu Fikirlah Sendiri. Prof. Mulyadi Mahmood menulis round-up tentang allahyarham Rasyid Asmawi. Artikel sendagurau mengenai Datuk Shah Rukh Khan pun ada, turut disentuh oleh kartun Ramzahurin. Kalau ingin tahu akan POPCORN, jom kita baca celoteh editor gempakstarz, Ayour. Dalam majalah gempak pula, semakin menarik dengan content komik/manga dan info. Jom layan!!!!!! g3 pulak. Rencana editorial mengenai penghasilan cover g3, pemilihan-pemilihan bak perwakilan planet Zargus. Hahaha lawak! 

Wednesday, June 11, 2008

Tabik !!


Semenjak seminggu ini tiada entri baru. Saya kebuntuan idea untuk mengepos entri, walaupun di pasaran sudah terdapat majalah komik baru. Ada yang sudah dibeli, belek baca free pun ada juga. Sudah terbiasa, sejak remaja dulu mesti belek baca dulu. Bila hati sudah berkenan baru beli. Dulu lain sekarang lain.

Dulu terpaksa menjimat duit belanja persekolahan. Itulah gaya hidup ketika itu. Dapat dua posen duit saku, belanja seposen, simpan seposen. Kalau ngam dengan geng sekepala, kaw-kawtim pakat rembat Utusan Pelajar. Share-share beli dan baca sampai lunyai Utusan Pelajar yang terbit seminggu sekali. Kat situ kami mula, mengenali nama pelukis kartun dan komik tanah air seperti A. Shukor Lin, Raja Hamzah, Razali MHO, Mishar dan ramai lagi. Kami yang hanya mendapat info yang terbatas dari bahan bacaan yang sedia ada. Pelukis-pelukis masa itu, semuanya menggunakan skil tersendiri dan alatan pun masih manual.

Di zaman digital, dengan bantuan perisian komputer yang dapat membantu pelukis dalam meng"inking" dan mewarna komik dihasilkan dengan pantas. Saya sungguh kagum dengan kepantasan dan kesediaan para pelukis komik dan kartunis generasi sekarang mempelajari dan memperaktikannya dalam kerja-kerja menghasilkan artwork dan komik. Bukan sekadar itu sahaja, malahan mereka dapat menghantar hasil kerja kepada editor dengan pantas. Apa-apa pun, penghasilan komik secara manual pun masih lagi mendapat tempat di tanah air dan masih mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Ayuh kita baca komik buatan tempatan seperti g3, Gila-Gila, Gempak, Komikoo dan lain-lain lagi. Hehehe, meskipun berlaku pengstrukturan subsidi bahan api dan kenaikan harga barangan...