Thursday, October 23, 2008

Once Upon A Time: Azman Yusoff

Kata-kata hikmat Inggeris, "Don't judge the book by it's cover." Kadang-kadang, tokcik tidak guna pakai pun ketika memilih buku atau majalah komik. Kadang-kadang tokcik belek-belek dulu buku dan komik itu. Itu dulu. Sekarang ini pekedai ada strategi mereka sendiri. Ada yang membalut dengan plastik. Ada yang menggunakan dawai kokok. Kalau tidak lunyai sebelum buku dan komik itu laku dibeli. Dulu, tokcik sanggup berjalan kaki berkilometrico untuk membelek baca percuma buku dan komik yang baru dalam pasaran. Tokcik memang tangkap cintan cintun dengan cover ilustrasi seorang pelukis tersohor ini.

Siapa dia, tentu seorang pelukis yang dilahirkan di tanah Puteri Saadong. Azman Yusoff, mula tokcik kenali ilustrasi dan lukisan melalui komik pertamanya Tiada Maaf Bagimu (1973-Penerbitan Knight Sdn. Bhd), sebuah roman masyarakat. Lineartnya cukup halus, barangkali beliau menggunakan pen teknik untuk menghasilkan komiknya. Dialog yang ditulis oleh beliau "very neat dan cursive". Beliau tidak lagi menoleh ke belakang. Lukisan-lukisan yang detail dan realisme selalunya memotretkan subjek gadis-gadis cantik dan lelaki-lelaki tampan yang menjadi hiasan cerpen di majalah Kisah Cinta (Amir Enterprise Sdn. Bhd.) Salah satu lukisan warna airnya yang menjadi penghias majalah diges keluaran syarikat itu ialah Ayatollah Rouhollah Mousavi Khomeini, pemimpin Iran. Komik Rodin yang dilukisnya turut tersiar dalam majalah Kisah Cinta itu . Beliau turut melukis novel-novel ringan terbitan Amir Enterprise. Setelah syarikat itu menutup operasinya, Azman kemudian menyertai Jaafar Taib, Mishar, Zainal Buang Hussin, Raja Hamzah, Rizalman, Suhaime Salleh, Rosdin dalam Syarikat Suarasa yang menerbitkan Bambino dan Rina. Tidak lama selepas itu, Creative Enterprise pula ditubuhkan. dan sewaktu itu majalah Gila-Gila meledak seperti roti paung panas. Beliau turut menyumbang lukisan poster bagi majalah Gila-Gila dan karya lipat-lipat seperti yang terdapat pada majalah MAD. Banyak lukisannya menjadi penghias novel yang dihasilkan oleh novelis-novelis terkenal.


Di antara novel-novel yang menghiasi lukisan beliau banyak yang menjadi best seller seperti novel Meor Shariman Hassan (Mishar) Cincin Permata Biru. Azman Yusoff menguasai pelbagai media dari warna air, gouche, pensel, cat minyak dan juga air-brush.

Anda masih ingat pada majalah FANTASI ini?

3 comments:

admin said...

Azman Yusoff, nama yang cukup gah dengan lukisannya yang menarik. Kalau ada kesempatan masa, saya akan scan komik karya beliau keluaran Bayan di dalam blog saya.

Kalamtimur said...

Terima kasih sdr, Rasidi. Diharapkan dapat jalin kerjasama mengesan pencipta, pelukis komik lama-lama. Wah, tentu sekali komik Selendang Mayang yg sdr maksudkan itu.

RABUN said...

huuu dia bikin cover meleleh aku tengok...