Gambar Hiasan: Keluangman oleh Arie
Saya mencari jawapan kepada persoalan saya di entri kelmarin. Dalam kepala secara jenaka saya tergambar idea untuk mencari titik tolak persoalan itu. Lantas, saya membelek semula susunan komik dan majalah kartun di rak buku. Sepatutnya kelihatan kemas.... dulu memang kerja menyusun komik dan majalah kerja orang rumah saya. Susunannya kelihatan bekas ditarik orang siapa lagi kalau bukan anak-anak saya yang turut berkongsi minat membaca komik sahaja. Menjaga dalam keadaan baik disebaliknya. Hahaha
Antara komik-komik yang saya keluarkan semalam ialah Keluangman yang sudah tercabut kulitnya, PKK, Mato-Mato, Blues Selamanya, Gempak dan APO? yang lama-lama. Meneliti kartun-kartun dalam Keluangman, tidak dapat dinafikan stroke pelukis kartun yang ada pada masa itu sudah cukup "power". Pelukis komik dan kartun yang berada dibawah team UAS ini diketuai oleh Azzam Supardi. Nama-nama mereka seperti Azhar Ahmad@Tembakau, Mohd Rizal Mohd Nor, Sam, Sheikh Zulkhibri, Norm Adid, Mohamad Samsul, Norzaiman @Jeman barangkali begitu asing kepada anak-anak kita sekarang. Apa yang harus menjadi ingatan ialah animasi Keluangman ini turut diterima oleh negara luar. Bertolak dari sinilah, kalau kita tidak menaikan komik, kartun dan animasi tempatan siapa lagi?

No comments:
Post a Comment