Kartini Kembali sudah berada ditangan Waverider. Alhamdulillah, selamat dia menerima dan membacanya. Tidak dapat bayangkan camna kalau dia mengejar tok arab posmen untuk dapatkan kiriman komik sperti yang pernah terjadi. Terima kasih dan syukran jazilan kepada Wanzu Hairi, kerana Kartini Kembali juga berada ditangan saya pada hari Ahad yang lalu. Sukar juga saya hendak membuat reviu dan ulasan tentang Kartini Kembali karya Tembakau ini, kerana saya seperti loss akan karyanya Kartini yang awal. Apa-apapun bentuk dan saiznya nampak comel. Tahniah kepada team kreatifnya.
Bercakap pasal kartun dan komik, dua orang penggiat iaitu Umbut dan Alifstyle bertambah rezekinya. Diam tidak diam, mereka ini baru sahaja mendapat undangan dari sebuah sekolah. Umbut dalam smsnya menyatakan dia mendapat undangan memberi ceramah kepada pelajar-pelajar mengenai Kartun Dalam Kerjaya. Elok sangatlah itu, saya rasa usahanya mereka selama ini berbaloi kerana ada pihak di jabatan dan sekolah dalam apriasiasi bidang kartun dan komik. Tidak lama lagi, kartun dan komik akan masuk dalam kurikulum sekolah. Kalau tidak silap dan memang sah dan nyata kartunis lama Tok Perak atau Cikgu Hassan Ghazali yang aktif semasa gelihati ada menulis buku Pendidikan Seni dan Visual untuk sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Tok Perak ini pernah bertugas sebagai seorang guru pendidikan seni di sebuah sekolah di Kuala Terengganu tidak lama dahulu.
Khabar dari Kaherah melaporkan Lagenda Comics sudah masuk isu ke 2. Dengan khabar harganya 10 genih. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kita di sana pun mempunyai alternatifnya sendiri bergiat dalam kartun dan komik. Biarpun hasilnya hanya bertaraf majalah sekolah yang diterbitkan setiap tahun. Usaha mereka seharus diberikan ucapan syabas. Sekiranya ada ruang, perbaiki dan perkemaskan isi kandungan dan cara penyampaiannya. All the best.

No comments:
Post a Comment