Thursday, July 06, 2006

Demam bola vs komik

Minggu ini saya berkesempatan meninjau beberapa komik yang baru berada di pasaran. Ada sahaja terbitan komik dan majalah kartun yang terbit mengikut jadual saban bulan. Ada yang terbit 2 kali sebulan. Persaingan di antara penerbit majalah komik-hiburan tampak sihat. Sejauh mana kuasa membeli dikalangan peminat komik terpulanglah kepada empunya diri. Majalah komik Blues Selamanya sudah mencapai 101 kali keluarannya. Manakala, abangnya Ujang dan APO? masih lagi tetap terbit pada waktu yang sama setiap 2 kali seminggu. Majalah lawak tersebut APO? masih lagi menjadi no 1 dipasaran dengan komik/kartun realisme pasukan Brazil dikalahkan oleh pasukan German yang diwakili oleh team APO? Huhu.... memang nasib pasukan Brazil sungguh malang dalam perebutan World Cup 2006 di Germany dalam ertikata yang sebenar dan realitinya.

Komik Ana Muslim sudah memasuki isu ke 4, syabas diucapkan kepada penerbit yang membawa komik-info-pendidikan yang pelbagai kepada generasi Malaysia yang rata-ratanya pengisian sangat sesuai. Gempakstarz dengan gempak, starz, utopia, hype yang mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri. Pun begitu ada juga majalah komik translasi yang pengisiannya Narutah. PTS One dengan terbitan terbarunya Orang Kuat oleh Alif Firdaus Aziz, Teknik Melukis Kartun & Komik oleh Umbut/Junuh serta beberapa lagi novel grafik disamping novel-novel remajanya.

Difahamkan Umbut sedang dalam proses menyiapkan bukunya yang kedua. Buku Teknik Melukis Kartun & Komik sesungguhnya dapat membantu individu-individu yang ingin menceburi dalam bidang ini. Sebagai seorang pemerhati perkembangan komik, saya berpendapat komik-komik di Malaysia akan berada ditahap yang membanggakan. Peluang untuk menceburi dalam bidang ini terbuka luas melalui akhbar harian seperti Metro, Kosmo dan Malay Mail. Sebuah syarikat penerbit dan pengedar buku Perintis dan Ana Muslim turut mengiklankan untuk mencari pelukis komik untuk terbitan mereka.

Sepanjang World Cup 2006 Germany diadakan, saya tidak pernah membiarkan televisyen menonton saya tidur di hadapannya. Saya hanya menerima keputusan itu pada awal pagi melalui sahabat saya Maxis yang rajin menghantar keputusan terkini di inbox. Ramai di antara peminat bola kecundang apabila pasukan kegemaran mereka kalah di pusingan semi final. Saya sendiri yang tidak pernah melihat perlawanan yang hebat meletakkan harapan Brazil akan bertemu dengan Jerman. Hohohoho alahai encik Panah Sang Arjuna....akhirnya Perancis yang bertemu Itali. Begitulah adanya, bola yang berisi angin dikejar oleh 22 orang pemain dalam setiap perlawanan.

1 comment:

azhar said...

wahhh..memang bagus cikgu..kita memerlukan orang cam cikgu utk jadi pemerhati komik..

nanti sampai masanyer saya nak berbincang tentang sejarah komik malaysia bersama Chekgu..