Monday, July 03, 2006

Berat giler?

Sdr Waverider dalam pesanan offline YM saya bertanyakan kenapa blog saya berat giler? Adakah sejak kebelakangan ini tulisan saya tidak lagi kelihatan santai? Hahahaha atau tulisan saya menjurus kepada kebarangkalian komik tidak lagi relevan yang saya tulis sebelum ini? Apa-apa pun bukan tujuan saya untuk bias kepada mana-mana pihak. Saya fahami ramai dikalangan penggiat komik sedang berusaha yang terbaik untuk meletakan komik di suatu tempat yang boleh dihargai oleh orang ramai.

Kebelakangan ini ada penerbit yang prihatin untuk meletakkan martabat pelukis komik dan pelukis kartun dimercu kejayaan. Semoga pelukis komik dan kartunis tidak lagi rasa terpinggir. Kita menyedari ada pelukis yang menjadi pelukis sepenuh masa dan ada yang sudah berjawatan tetap tetapi masih lagi meletakkan komik sebagai suatu yang berharga. Saya berkesempatan melawat blog pelukis komik tempatan. Suatu pendekatan yang baru untuk memaklumkan kepada pembaca diluar sana bahawa ada lagi insan-insan yang berjiwa seni dan masih lagi berusaha untuk memajukan komik tanahair. Zaman telah berubah, webcomic merupakan satu medium yang boleh dicapai dengan mudah. Dalam usaha tersebut, penerbit-penerbit komik pula boleh menilai hasilkerja pelukis komik dan kartunis. Maka sangat mudah bagi mereka memberikan kontrak kepada pelukis dan kartunis.

Usaha Urban Militias untuk mengadakan webcomic amatlah disokong.

(Peluang Menjadi Pelukis Komik..)


Edit: Embedded imej komik-komik telah di kecilkan saiznya. Semoga ringan sikit.





4 comments:

Aadi Salman said...

Saya pun rasa berat gila blog ni. "Berat" nak load sebenarnya, bukan apa yg ditulis.

Kalamtimur said...

Terima kasih Adijin, insya Allah saya cuba "minimize embedded images", barangkali itu yang buat blog ini berat untuk di upload.

Waverider, thanks for the concern... hehehe

Norman said...

Keep it lean, man.

Oh, got to read cedko's melting pot. It was mostly a let down. How about you?

Kalamtimur said...

yes, i've read it. i guess so, how i wish the team could made it better for the next issues.