Tuesday, June 06, 2006

Tidur Bola, Makan Bola, Minum Bola....



Tidak lama lagi demam bola akan melanda seluruh dunia. Demam bola yang boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas dan boleh membawa efek ke tempat kerja. Silap-silap haribulan mata jadi lebam macam biji saga kerana tidak cukup tidur. Tentu sahaja setiap orang yang meminati Piala Dunia mempuyai pasukan kegemaran dan pemain-pemain yang digemarinya. Perlawanan bola antara pasukan Kebangsaan dibawah 20 tahun dengan pasukan MyTeam telah memberi satu imensi baru dalam sukan nombor satu negara. Begitu juga dengan perlawanan akhir bola sepak SUKMA yang berlangsung di Stadium Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Bukan pemenang yang hendak kita cari tetapi pemain-pemain yang berbakat besar yang akan menggantikan pasukan senior negara.

Menyebut tentang bakat, Nuriazam Ismail akan Nurie telah tampil dengan novel remaja Kaki Bola. Beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang ilustrator dan komik malah cukup terserlah dalam penulisan.

Kaki Bola

Nuriazam Ismail,
PTS One Sdn Bhd

Harga: RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3653-03-0
Barcode: 978-983-03-4
Jumlah Halaman: 256 halaman
Tarikh Terbit: 01 June 2006

Sinopsis

Danish, pelajar tingkatan satu yang berbadan agak gempal. Minatnya yang terlalu mendalam dalam sukan bola menyebabkan dia begitu fanatik berkenaan sukan itu, apatah lagi pada idolanya, Bady. Danish mempunyai kepandaian bagi mencipta skill dan strategi dalam satu-satu perlawanan. Malangnya, dia tidak pandai bermain bola sehingga dia digelar kaki bangku. Namun begitu, bermula selepas dia tinggal di asrama, dia mendapat galakan daripada teman-teman sehingga akhirnya dia berjaya membuktikan yang cita-citanya selama ini bukanlah angan-angan.

No comments: