Tidak banyak yang hendak diperkatakan tentang komik, novel atau pun buku baharu. Cuma saya ingin saya katakan saya tercium tanda-tanda bahawa penggiat-penggiat komik yang mendapat didikan bidang senibina sudah kembali bergabung. Apakah ini tanda-tanda amaran awal mereka bahawa mereka akan mengegar seni komik tanah air. Sama-samalah kita SOKONGLAH KOMIK MALAYSIA. Saya tertarik akan entri dan frasa Ombak Gadang Pelukis yang ditulis oleh Panaharjuna diblognya. Tulisan Panaharjuna cenderung menggunakan bahasa tinggi, yang memelukan sedikit masa bagi saya untuk menyelami makna-maknanya.
Hari ini saya berkesempatan melawat forum luar negara Komikwerks, web forum yang julung-julung kali saya sertai sebelum menyertai pergh. Tidak ada apa-apa post yang pernah saya hantar di forum itu kecuali memerhati, mempelajari sesuatu yang dapat mendapat pengetahuan. Hari ini saya mendapat ucapan Happy Birthday dari administrator Komikwerks. Ini menandakan saya sudah cukup tua dan ganyut untuk berkecimpung dalam cabang seni komik. Saya turut mendapat ucapan yang sama dari websmaster Malaysia forum. Hohoho, kedua-dua forum yang saya hampir lupai.
No comments:
Post a Comment