Sunday, February 12, 2006

Komitmen Kerja

Semalam adalah hari bekerja, walaupun dalam kalendar ianya hari Sabtu. Sesetengah hari orang bekerja 5 hari dalam seminggu dan ada yang bekerja 7 hari seminggu. Sebelah malam diperuntukkan untuk diri sendiri serta bersama keluarga.

Bila menyebut komitmen kerja ianya sangat luas dan kebetulan semalam kami semua mengikuti kursus peningkatan kendiri. Big boss saya datang ke tempat kami dan saya menyediakan tempat untuk staff berkursus. Dalam ucaptama big boss ada menyentuh tentang Komitmen Kerja. Banyak yang bersangkutan tentang Kecemerlangan Kerjaya.

Saya ingin menyentuh dan mengaitkan perkara ini dalam bidang penulisan, komik dan kartun. Kejayaan seseorang penulis, pekomik dan kartunis itu terletak pada jiwa, hati, kesungguhan dan personal touch. Apa itu personal touch? Personal touch ialah hubungkait kalbu antara rakan setugas, boss tempat kerja dan sebagainya. Ada orang bersikap positif dan sanggup menghadapi cabaran dan melakukannya dengan fikiran ingin mencuba. Ada orang melakukan dengan sikap 50-50. Kurang berkeyakinan dan tidak begitu komited.

Tahap penerimaan idea baru bergantung kepada individu. Bagi yang komited, "Baik kita laksanakan. Idea yang baik". Yang ghairah," Aku setuju, aku akan cuba." Yang minat," Idea yang baik, aku berminat." Yang apati pula, " Aku tiada minat. Aku tiada masa. Idea ini boring. Nanti aku fikirkan." Yang skeptis," Rasa ragu-ragu, idea tidak baik." Yang menentang," Jangan buang masa." Semua itu bergantung kepada dua perkara iaitu " inside out" dan "outside in".

No comments: