Sunday, February 19, 2006

Kelmarin

Alhamdulillah, Bengkel Storyboard Komik PTS Ke-2 bersama penulis-penulis mentee Sifu PTS, Puan Ainon Mohd berjaya dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator iaitu Sdr Elmaaniq, Sdr SiNaga-naga dan juga Sdr. Jonos. Syukurlah kepada Allah swt, cuaca yang cerah mengizinkan saya hadir di bengkel tersebut. Saya sudah berjanji dengan sdr. Elmaaniq dan sdr Jonos untuk hadir di bengkel tersebut. Buat pertama kali saya berjumpa dengan sdr. Elmaaniq, sdr SiNaga-naga, sdr Dinjerr, sdr. Panaharjuna dan grup menteenya, dan penulis-penulis lain termasuk Pn. Aina Amir, Sdr. Zamri Mohamad (sekadar menyebut beberapa nama sebab lupa, harap maaf).

Pertemuan dan bengkel sebegini walaupun sangat singkat tetapi sungguh bermakna kepada kami yang baru mahu berkecimpung dalam penulis bod cerita dan secara tidak langsung tahu tugas dan fungsi ilustrator dan pekomik. Tujuan bengkjel ini di adakan ialah untuk memberi pendedahan secara teori dan pratikal penulis bod cerita. Terima kasih kepada pihak PTS dan fasilitator-fasilitator kerana mengusahakan bengkel seperti ini. Insya Allah, kita akan mula laksanakan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin.

No comments: