Tuesday, February 28, 2006
Bakat
Sewaktu merayau di dalam internet di sebuah forum komuniti pelukis tempatan, di antara ratusan ahli yang aktif terdapat seorang anak murid arwah kartunis Rejabhad. Strokenya yang lucu dan bersahaja mengingatkan kita kepada kartun Bart Simpson oleh Groening.
Beliau amat meminati pengusti Undertaker, oleh yang demikian kartunis yang berbakat ini gemar menggunakan avatar idolanya. Saya pernah memenangi tempat kedua untuk sketching watak Undertaker di forum tersebut. Saya amat menyenangi lukisan dan karyanya dalam Little Ugly dalam fanzinenya Megi Itik. Saya melihatnya Alif Firdaus ini mempunyai bakat. Sesungguhnya, bakatnya tidak dipersiakan begitu sahaja. Saya mengikuti perkembangan ini tahun demi tahun.
Bakat itu satu anugerah Allah kepada makhluknya. Ramai lagi yang berbakat seperti Alif. Beliau amat bijak menggunakan ruang dan waktu. Saya sanggup menghadiri satu perjumpaan komuniti pergh yang diadakan di KLCC. Saya meliahatnya dengan kaca mata yang normal. Anak muda yang sederhana ini ternyata mempunyai bakat yang besar. Selepas beberapa fanzinenya diterbitkan dengan titik peluhnya sendiri. Beliau mencuba bakatnya dalam bidang penulisan. Maka itulah hasilnya.
Kali kedua saya bertemunya di Laman Seni di gerai Nurie, Madstone yang menjual fanzine dan hasil seni. Alif sudah dari jauh melemparkan senyuman menyambut kedatangan saya. Saya melihat di atas meja tersusun indah novel tulisannya Untukmu Shampoo. Selepas bersalaman dengan ketiga penggiat ini. Saya terus meminta Alif menurunkan tandatangan ke atas sebuah novelnya. Bukunya itu saya baca dalam perjalanan pulang ke KT.
Kami ada menyebut nama beliau sewaktu sesi rehat Bengkel Storyboard Ke 2 PTS. Ternyata bukan saya sahaja memberikan komen baik. SiNaga-naga, Panaharjuna memberikan pandangan masing-masing terhadap anak didik arwah Rejabhad ini. Syabas untuk Alif yang telah menjangkau ke hadapan.
Semoga lebih ramai mentee PTS muncul sebagi penulis-pelukis berbakat di tanah air.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sdr Perkasa Alam,
Terima kasih banyak-banyak kerana membuat liputan tentang Aliff dalam blog sdr ini. Beliau adalah ayam tambatan PTS. Kita jadikan beliau bukti bahawa seseorang itu mungkin mempunyai lebih daripada satu bakat. Siapa kata kartunis tidak mempunyai bakat-bakat lain yang dapat menghasilkan harta intelek - kartunis sendiri! Sudah berjaya jadi kartunis, dia terperangkap dalam dunia nan satu itu. Dia tidak mahu lagi menge-test dirinya, apakah dia juga memiliki bakat-bakat lain. Tidak mahu lagi hadir kursus penulisan PTS yang kami beri pecuma itu. Sdr. Zafran, Alif, Icesoul, Nuri, jOnOs, dan Oraet adalah mereka yang mempunyai minda terbuka terhadap diri mereka sendiri. Mereka datang kursus. Tunggu hasilnya... dijamin mengejutkan!! Dengan izin Tuhan yang maha kaya.
Post a Comment