Showing posts with label komik malaysia PTS One. Show all posts
Showing posts with label komik malaysia PTS One. Show all posts

Tuesday, March 02, 2010

Dunia Didi



This comic book, Dunia Didi is targeted confinely for the kindergarten children to instill the awareness of keeping the enviroment clean and fresh. Didi and his kindergarten friends were brought to the zoo. They met Kapten Hijau, in an outdoor activity. He gave the children briefing on positive values of being environmental friends. Didi and his friends learn many new experiences. Dunia Didi, written and drawn by Ard-One is a newly published komik m of 1 year of PTS involving in publishing.

Friday, December 12, 2008

Komik M di Mid Valley





Promosi Komik M di Mid Valley.Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama pelukis-pelukis Komik-M di MPH Mid Valley pada 13 Disember ini. Program ini akan diadakan dari jam 1.30 hingga 3.00 petang. Anda berpeluang untuk mendapatkan lukisan percuma dan buku komik dengan harga diskaun yang menarik!

Friday, October 10, 2008

Peluang Melukis Kartun dan Komik di PTS ONE!


PTS ONE Sdn. Bhd.
Sedang menerbitkan komik kanak-kanak tempatan. Sekiranya tuan/puan seorang peminat kartun dan berminat melukis komik, andalah yang kami cari!
P/s: Fail attachment ada disediakan bersama email ini


KONSEP

  • Kami mencari kartun yang comel dan jalan cerita yang mudah.

  • Watak utama biarlah dekat dengan kanak-kanak.

  • Selain manusia, boleh juga buat cerita binatang ataupun makhluk ganjil. Selagi ia asli dan menarik, kami terima.


PERSEMBAHAN

  • Komik kami adalah komik hitam putih. Ia akan diterbitkan dalam saiz ( 5.5" x 7.9").

  • Komik itu setebal 112 muka surat dan pelukis hanya perlu melukis sebanyak 100 keping komik sahaja bagi satu keluaran.

  • Anda boleh memilih konsep komik ala-ala Doraemon (cerita-cerita pendek), Tin-Tin (cerita panjang satu buku) ataupun Garfield ( Komik strip ). Sekiranya anda ada idea lain, kami alu-alukan.


HAK CIPTA

  • Hak cipta karya anda adalah hak milik anda. Kami hanya dapat hak penerbitan sahaja. Sekiranya pihak anda mahu menggunakan watak anda di tempat lain, adalah dibenarkan. Anda perlu maklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak penerbit bagi mengelak kekeliruan dan konflik. Maklumat lanjut akan diberitahu kepada pengkarya.


BAYARAN

  • Kami mengamalkan sistem royalti kepada pengkarya. Jumlah royalti mengikut jumlah jualan komik di pasaran.


CARA-CARA MENYERTAINYA

  • Hantar sinopsis cerita dan beberapa contoh komik anda ke email alif@pts.com.my

    ataupun ke alamat:


Alif Firdaus Azis

Komik PTS ONE

No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3,

Wangsa Melawati,

53300 Kuala Lumpur,

MALAYSIA


  • Kami akan memberi maklum balas kepada anda sebaik sahaja kami menilai idea anda.

  • Sebarang pertanyaan boleh terus ke email alif@pts.com.my ataupun talian hangat

    03-41427413 / 16 (attn: Alif Firdaus Azis )

    016-6611514