Friday, October 10, 2008

Peluang Melukis Kartun dan Komik di PTS ONE!


PTS ONE Sdn. Bhd.
Sedang menerbitkan komik kanak-kanak tempatan. Sekiranya tuan/puan seorang peminat kartun dan berminat melukis komik, andalah yang kami cari!
P/s: Fail attachment ada disediakan bersama email ini


KONSEP

  • Kami mencari kartun yang comel dan jalan cerita yang mudah.

  • Watak utama biarlah dekat dengan kanak-kanak.

  • Selain manusia, boleh juga buat cerita binatang ataupun makhluk ganjil. Selagi ia asli dan menarik, kami terima.


PERSEMBAHAN

  • Komik kami adalah komik hitam putih. Ia akan diterbitkan dalam saiz ( 5.5" x 7.9").

  • Komik itu setebal 112 muka surat dan pelukis hanya perlu melukis sebanyak 100 keping komik sahaja bagi satu keluaran.

  • Anda boleh memilih konsep komik ala-ala Doraemon (cerita-cerita pendek), Tin-Tin (cerita panjang satu buku) ataupun Garfield ( Komik strip ). Sekiranya anda ada idea lain, kami alu-alukan.


HAK CIPTA

  • Hak cipta karya anda adalah hak milik anda. Kami hanya dapat hak penerbitan sahaja. Sekiranya pihak anda mahu menggunakan watak anda di tempat lain, adalah dibenarkan. Anda perlu maklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak penerbit bagi mengelak kekeliruan dan konflik. Maklumat lanjut akan diberitahu kepada pengkarya.


BAYARAN

  • Kami mengamalkan sistem royalti kepada pengkarya. Jumlah royalti mengikut jumlah jualan komik di pasaran.


CARA-CARA MENYERTAINYA

  • Hantar sinopsis cerita dan beberapa contoh komik anda ke email alif@pts.com.my

    ataupun ke alamat:


Alif Firdaus Azis

Komik PTS ONE

No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3,

Wangsa Melawati,

53300 Kuala Lumpur,

MALAYSIA


  • Kami akan memberi maklum balas kepada anda sebaik sahaja kami menilai idea anda.

  • Sebarang pertanyaan boleh terus ke email alif@pts.com.my ataupun talian hangat

    03-41427413 / 16 (attn: Alif Firdaus Azis )

    016-6611514

2 comments:

Unknown said...

ok kalau saya nak hantar work saya macam ner saya nak tau komik kamu nie nak kuar biler..bleh kasi imformation pasal majalah pts nie nak kuar biler tak

Kalamtimur said...

jika sdr ash hantar terus ke editornya, alif. dia sendiri yang akan hubungi sekiranya layak diterbit atau sebaliknya. untuk terbitan lain pts, sila ke http://pts.com.my/