Monday, November 01, 2010

Fire Phoenix?



Lama sudah tidak melakar di atas tablet. Waktu terluang yang ada digunakan untuk ber"fb" membaca tulisan dan komen di dinding kawan-kawan maya. Pergh! Sempat tidak sempat teringin hendak mengikuti CRB di pergh.com Apa yang terdaya dan termampu inilah hasil contengan dan palitan warna berdasarkan karekter Harley Quinn salah serong watak villian dalam siri-siri Batman. Tidak pernah pun saya kenali watak ini, kerana membaca dan membeli komik Batman bukanlah pilihan utama saya. Saya cuma minat stroke-stroke pelukis komik Marvel dari Asia Tenggara seperti Alan Aguilan, Ed Tadeo dan kawan-kawannya yang sudah berjaya menembusi kaerjaya komik yang didominasi oleh pelukis-pelukis omputih. Kalau tak silap, ramai sudah pelukis dari Asia seperti Nguyen turut melukis dan mendakwat komik Marvel dan DC.

Seorang rakan fb yang masih belajar di sebuah sekolah bertanyakan saya soalan stroke pelukis komik Malaysia lama di tahun 70'an dipanggil apa? Saya jawab dengan selamba kat ruangan chat, Oldschool. Tak betul tak apa.

3 comments:

hellorange said...

wau..saya suka artwork harley quinn saudara stingray ni..nampak macam komik-komik blah-blah eropah nun..(macam komik erotik pun ada..huhu)..dan tak terlalu terpengaruh dengan komik-komik superhero amerika yang terlalu berkilat-kilat kaleringnya tu..

Meooo Comicore Club said...

wah.. mmg oldskool rocka!!!

Kalamtimur said...

thanks hellorange...baru nak mendekati kalering stail tu.. ah meo lu ding dong tetap punya