Friday, December 17, 2010

Itu aja...

Salam Tahun Hijrah 1432, 11 Muharram. Alhamdulillah, syukur masih berpeluang menulis sepatah dua ayat di sesawang ini. Hendak menulis tentang apa? Apa-apa sahaja yang bermain di benak. Baru mengubah warna design dan tambah widjet waktu solat di hujung sana. Untuk mengingati diri sendiri supaya tidak mengabaikan fardhu itu.

Lama tidak mengemaskini dan melukis? Jawapannya mudah sahaja. Masa yang terluang itu sembang-sembang dengan kawan-kawan artis yang sudah maju dalam bidang mereka. Teruja juga melihat komik-komik dan hasil usaha mereka diterima masyarakat luar sana. Artis-artis komik baru pun nampak keberhasilannya dari sebuah buku komik yang diterbitkan telah bertambah kepada dua dan seterusnya. Bila awak punya hasilkerja contengan akan diterbitkan? Hehehehe, sengih sahaja lah. Itu aja yang hendak saya tuliskan. Insya Allah kalau kemenjadian tahun 2011, saya cuba hendak indiekan dengan rakan-rakan indie di luar sana.

No comments: