Saturday, February 07, 2009

Hibernate Part II

Hibernate sungguh! Proses pemulihan fizikal dengan keterpaksaan menelan anti-biotik. Kepahitan mulut untuk menelan barangan ruji. Pakcik Tony Wong sekali lagi melakukannya, dalam kelembapan ekonomi dunia. Pakcik pun poning sehingga membelikan dua isu yang sama dalam masa 2 minggu, dah tak ingat tajuk Pedang Waja - Pendekar Misteri yang baru dipasaran. Diekori pula Anak Raja Rimba - Cakar Sakti.




Fuhh, hati berdetap menatap Wizard Universe yang satu-satu naskah di rak kedai buku yang jual segala macam. harga macam nak meruntuhkan jantung sebanyak RM32.00, itu pakcik berkira-kira hendak beli ke tidak. Lalu hati pun berkata free Palestinians,jadi tak jadi belilah. Ketika pegang letak pegang letak, mesej Waverider masuk. Kencang, baru top-up barangkali.


Ketika melintas dirak ternampak novel Mantera Hitam - serunai Fakir yang hebat diperkatakan Waverider dalam mesej nya sehari dua ini. Dia baru angkat kaki...tidak angkat novel itu. Dia menulis, tidak perlu dipujuk oleh kuasa jin untuk memiliki Mantera Hitam , ahahah lawak sungguh mu ni Wave!

Imej milik Alaf21.com my

Belek-belek, langkah seterusnya. Melangkah keluar kerana usaha mengushakan Komikoo gagal dikesan...ketika berlakunya kecelaruan di Perak.

No comments: