Kan dah kena, ingat sebelum kena. Dah kena beringat-ingat lagilah. Dalam proses hibernasi, menyelongkar kotak-kotak yang mengandungi sisa-sisa kertas yang telah digunakan selama 2 tahun tersimpan bersama koleksi komik-komik Urban, AIE, ROCK, g3 dan yang terjemahan dari HK. Hendak dibuang sayang, hendak dismpan menyemak. Rasa nak gelak sendiri tengok lakaran-lakaran sendiri yang tidak lulus SIRIM.
Selepas mengemas kembali, hati berdetik untuk mengelik SEMAK SAMAN. Teringat pada suatu hari Khamis lepas. Isteri membuat panggilan selepas dia habis waktu pejabat. Memang dia tidak mahu terlambat waima 5 minit, supaya terus memasuki ke perut kereta kami. Hari itu macam biasa, selepas solat berjemaah di sekolah bersama murid-murid. Setelah mengunci bilik, saya dan terus bergegas ke kereta dan pandu ke tempat kerja. Selalunya apabila melewati kawasan istana saya akan menurunkan akselerasi pedal minyak dan membiarkan kereta-kereta lain memotong.
Hari itu, saya berkata tidak! Saya menjeling pada jam digital di bumbung kereta. Terus saya pandu dan waktu itu juga hati saya berderau bila ternampak sesosok tubuh sedang menghalakan kamera perangkap laji ke arah kereta saya. Memang sah dah kena, saya melihat jangka penunjuk kelajuan meternya menunjukkan antara 80 hingga 90 km. Tentu kena. 15 minit lalu saya klik dan sah tertera nama pemilik dan nombor kereta milik isteri saya telah disaman, kereta siapa yang punya? Tentu isteri saya hahaha sebab saya yang pandu punya! Bukan Man Belon punya hehehe.
No comments:
Post a Comment