Monday, November 24, 2008

Superhero Malaysia

Jikalau melewati betul ke ni, atau melawati Gayour punya blog, entri terbaru beliau ialah berkenaan Malaysian Superheroes. Agak menarik juga topik dan entri itu, klu telah diberi awal oleh Faizal Mukhtar dalam blognya. Apakah Gayour akan berlakon menjadi superhero? Siapakah pengarahnya?

Dalam blognya itu ada menyebut nama-nama adiwira atau superhero garapan dan rekaan pelajar tersebut. Rentap, Nyemah Mulya, Pekan dan sebagainya. Karekter Nyemah Mulya berdasarkan novel 1515 NYEMAH MULYA karya Faisal Tehrani. Tokcik ada baca gak sekali novel ini,,,,huhuhu lupa pulak kat rak mana disimpan. Mungkin ada ramai lagi superhero tempatan yang dilupakan. Kat Sabah dan Sarawak, kalau dikorek-korek. RENTAP itu adiwira sejarah Sarawak. ANTENOM Pahlawan Murut, salah satu daripada pahlawan bersejarah dan menjadi legend kepada nama TENOM di Sabah. TOMBORUO, karekter dari novel thriller Awang Murshid pun okey kot.

Rentap telahpun dikarekterkan oleh seorang pelukis bukan Melayu dalam makalah komik/kartun stand alone nya, juga menggunapakai nama RENTAP. Majalah ini keluar beberapa siri namun RIP, kenapa? Tokcik ada beli 2..3 siri sebab nak follow lagu mana komik kartun ini, yang tak sodapnya ialah RENTAP ini diinjek dengan kerekter clumsy, semberono lemah akal, lebih lagi daripada kerekter GROO The Adventurer.

Kita sudah ada superhero rekaan seperi Kapten Malaysia, Keluang Man, Juganah, Cicak Man dan barangkali banyak lagi rekaan yang mungkin kita lihat di masa akan datang, Amar dalam Apa Yang Ku Cari dan Lelaki Belalang?

Apo-apolah? Kalau you all meninjau dari utara kat Perlis, nun merentasi laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak. Dari pesisir pantai hingga ke pedalaman, pasti terdengar cerita-cerita lisan pasal hero atau adiwira, tidak kiralah peringakat kampung ker. Tokcik nak habaq mai, kalau hangpa pergi ke Dungun, ada satu name road...nama jalan daa Jalan Tambun. Awat? Nama Jalan Tambun ini diambik sempena nama hero lokal, seorang unsung hero lah dikatakan. Pak Itam Embun,dia berjaya mengalahkan lanun-lanun yang mengganas di kawasan Dungun. Kat Seberang Pintasan ada sebuah gua tepi laut, kat situ lah lanun-lanun dari Teluk Siam itu berteduh dan bersembunyi. Siapakah nama villian-villian itu yer? Nanti kita buka entri baru untuk Super Villians Malaysia.

4 comments:

RABUN said...

waa! mestilah malaysia mmg banyak superhero terpendam, tapi banyak superhero malaysia tak mau keluar beraksi sebab tak dihargai rakyat malaysia sendiri ehem emo la plak...

Kalamtimur said...

betul...betul..
harap2 dapat kita realitikan melalui komik, kartun dan animasi. CRB adalah satu langkah ke arah itu, MSC-MDEC satu dimensi baru, insya allah projek collabration rabun and partner, geng-geng lpain tu akan memberi impak

Kalamtimur said...

##geng-geng lpain ---geng-geng lain, hehe

gayour said...

pak itam embun, antenom, tomboruo? hebatnye superhero kita rupenye. ni baru superhero sebenar yang patut didedahkan pada semua.