
Oh bladi oh blada lalala la, belasahje la fanart lama, touch-up semula dengan tetikus.

Kat Malaysia ni ada ke super villians atau penjahat seperti dalam komik Marvel, Comic DC ker? Kalau dalam komik Melayu penjahat selalunya takleh idup lama, at the end of the comic, memang maut punya penjahat tu. Tak caya cuba baca komik-komik Melayu lama. Mesti tersungkur punya. Dalam genre komik omputih super villians dan super heroes sama hebat. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Lawan-lawan, namun mati si penjahat itu jarang-jarang lah. Yang mati hancur lebur itu selalunya pengikut-pengikut penjahat tahap cipan.
Tak caya tengok movie based on comic. Penjahat akan muncul kembali dalam episod-episod seterusnya, sebab itulah komik-komik omputih dia orang boleh keluar bervolume-volume, dari pelukis dan penulis peringkat atuk sampailah ke generasi ke 3.
Ermm agak-agaklah siapakah supervillian yang boleh kita ketengahkan dalam komik kita? Raja Mendeliar, Si-Kitul, Patih Kerma Wijaya ke...Orang Minyak ker? oopsss sorry Azhar, karekter ni dah ada dalam Liga Pendekar. Ermmm 6 Jahanam dari filem allahyarham P. Ramlee, hahahaha lawan tak sampai 5 minit durasi jeng-jeng jeng dah tergedik-gedik penangan tekpi Hero?
***Gambar hiasan dari graffitti yang tokcik lorekan dari facebook, heheheh
1. Helang Merah - ni la villian yang mengetuai perampokan di daerah Dungun, suatu ketika dulu. Karekter ni Tokcik dah guna dalam skrip dengan nama Langkuik Si Helang Merah. Apa dia punya keistemewaan, dan apa dia punya kelemahan? hehehe macam juga villian-villian lain dalam filim, gagah perkasa, kebal dan jeng jeng, wazzup...wazzup.
2. Sabut Timbul ke Sabut Kering, entahlah- apalah takde nama lain ke? Wazzup..Wazzup, villian ini geng kacip@ketat Helang Merah. Agaknya bentuk tubuh badannya sedikit bongkok macam sabut, kot sebab itu dia dipanggil Sabut Timbul. Barangkali, bentuk tubuh badannya tidaklah seperti si Bongkok, hero Johor yang menentang Belanda.
3. Seorang lagi, entah apa ke nama bunyi cam kumpulan samseng je, lebih kurang macam tu, Gagak Hitam yang si Gagak Hitam ini based on the villian namanya Tunggul Buluh. Peliknya nama.
4. Masa Tokcik muda2 dulu, bapa Tokcik ada menceritakan kisah ini, katanya Daerah Dungun ni ada orang-orang handalan asal dari Sumatera, yang membuka daerah Dungun ni. Salah seorang lagi pengapit Helang Merah ni kata bapa Tokcik, Demam Tak Keboh-Keboh.
Ceritera lisan yang diperolehi, mungkin ada versi yang dibukukan, check it out.
6 comments:
Hehehe..
Sebenarnya,blog Penyulam Mimpi ni menarik tp kdg2 saya xfaham sgt tentang komik ni...
Saya terbaca yang watak Batman akan dimatikan..
Err...betul ke?
hehe, Grant Morrison mungkin akan mengantikan dengan Batman yang lebih muda, 2nd atau 3rd generation kot.Dah 70 tahun lebih, Batman Bruce Wayne dah dimatikan dalam Batman R.I.P check entri di atas.
Oh untuk memahami komik agak kompleks, sama juga dengan habit membaca novel. Kita bolehmenikmati jalan cerita melalui teks, dan kita cuba visualise dalam fikiran. Dalam novel, watak2 semuanya ganten dan ayu-ayu deh. Dalam komik, pula elemen-elemen yang paling penting ialah naration dan story-telling, disulami dengan visualisation ilustrasi dari pelbagai sudut. Kalau di seberang CERGAM, enjoy entri yang saya seterusnya...
demam tu nama gelaran ke apa? :D
Hehehe memang nama salah serorang namanya Demam Tak Kebah-Kebah, agaknya masa tubuhnya panas-panas. memang ada watak ini dalam lipatan sejarah Dungun, tak sama dengan Deman Lebar Daun atau Malim Demang, ghehehehe
haha! sungguh seronok dapat tahu nama penyangak-penyangak ni begitu pelik dan melucukan!
hebat! saya suka. terutama 'deman tak keboh-keboh' tu. cane la sakit2pun tak insaf2 lagi ye? hahaha!
hahaha memang dasar penyangak...ce usha kat amang kot-kot dia tahu villian demam tak kebah-kebah ni? caiyokk
Post a Comment