Thursday, June 26, 2008

Merojakkan entriku

Wah! komik-M yang dikirim oleh sdr. Jonos telah berada di tangan, tiga semuanya termasuk Liga Pendekar, Kecempreng Man dan Lili Lulu Lala. Tahniah kepada Azhar Abdullah, Poyo dan Nur Azmi di atas kejayaan menghasilkan novel grafik. Saya baru belek-belek Liga Pendekar, yang pasti dan mengamit minda untuk terus membacanya ialah jalan cerita yang sangat menarik. Belum komen, ni bohhhs! Pujian-pujian dan kutuk-kutuk belum lagi ni, tunggulah sehingga dibaca habis! Sdr. Jonos meluangkan masa mendapat autograf Azhar dan Aadi Salman dan Poyo sewaktu pelancaran komik-M. Terima kasih tidak terhingga kepada sdr.Jonos dan Pekomik kerana menaja komik-M ini. Minum dulu! Kopi O Kawww satu!

Brek... brek.., novel trilogi bahagian kedua Takluk Jagat - Amukan Indera Bayu yang baru sahaja berada di pasaran pun turut diposkan oleh penulisnya Zaki Zainol. Ilustrasi kulitnya oleh MF Ajif. Macamanalah hendak menghabisi kedua-dua buah novel fantasi hebat ini, kalau komik cepat-cepat dapat dihabisi. Kalau baca 2 muka surat sehari perghhhh, bila agaknya ya? Tabik!!!! kepada semua penulis dan pelukis komik sekalian. Ganbatte!!!!

No comments: