Saturday, January 26, 2008

Round up

Lama tak mengepos. g3 keluaran terbaru sudah dibeli, secara keseluruhan semakin mantap. Cover disediakan oleh Padi.

Sorilah Shidie, tak dapat pakcik nak mengaler Tygra. Idea cukup bagus tapi kurang garam. Sangat sibuk awal-awal tahun, mewarna separuh jalan di ofis dan bawa pulang untuk disudahi. Rasa tak sempat untuk upload sebab pc di rumah buat hal pulak. Mesin slow bangat dengan enjin yang sepatutnya sudah diformat dan diupgrade. Petang Khamis, balik kampung diselatan Terengganu untuk menziarahi ayah dan bunda. Jumaat petang kelmarin sudah ada di sini untuk lihat site, kalau ada rezeki.

Semalam melayani program realiti Raja Lawak musim ke dua, minggu ketiga. Secara keseluruhan, cukup terhibur dengan semua perserta. Mereka berhempas pulas untuk tampil membuat persembahan terbaik. Sakit perut dibuatnya dengan sketsa Superhero tempatan. Dua orang pengacara Johan dan Zizan mengendalikan acara dengan baik disulami dengan lawak spontan mereka. Johan dan Zizan dah 2 kali ditegur oleh pengkritik kedua, Enot kerana cuba meniru loghat perserta solo, Nabil.

Di akhir rancangan, kedua pengacara mengumumkan kehadiran Kak Ungku dan kartunis Ujang sebagai tetamu Astro Prima. Tv fokus dan mereka duduk dibarisan depan.


No comments: