1 Muharram baru-baru ini, saya ambil keputusan untuk memasuhkan koleksi komik lama yang tidak berapa lama. Mana-mana yang telah terkoyak kulit dan tertanggal terus, berserabai macam kertas kitaran dikumpul. Rak-rak masih banyak dengan judul-judul dari penerbit ArtSquare, MOY dan dicampur tolak Jade Dynasty, Ocean Comics. Kalau ditolak ke pusat kitar semula sekilo baru 12 sen sahaja. Arghhh ada beberapa judul komik yang terbit antara tahun 1994 hingga 2001, sudah tiada dalam pasaran. Mahu tak mahu, diangkut mana-mana yang hendak dimansuh bersama timbunan akhbar. Habislah komik-komik harian didalamnya, tak sempat dikoleksikan.
No comments:
Post a Comment