Thursday, January 10, 2008

Komikoo

Komikoo #1, akhirnya berada di pasaran setelah seminggu diwarwarkan di forum. Ilustrasi luarnya nampak simple, hasil sentuhan grafik artis Raksasa Studio (Aedes punya la tu) mengabungkan elemen dan watak-watak komik di dalamnya. Satu usaha yang harus diberi penghormatan kerana artis grafiknya berusaha melukis semula dan komposisi rekaletaknya. Komikoo tampil dengan kertas glossy dan "cover" di belakangnya pula ada bertujuan mengajak penggiat-penggiat komik untuk menyertai pekomik.com
Secara keseluruhannya, Komikoo terbitan kali ini berjaya mengumpulkan pelukis baru dan lama dalam satu arena. Tidak lupa tahniah untuk rangkaian penulis-penulisnya Roy Ablah, Nazim Masnawi dan Fairul Nizam. Jika anda peminat komik "old school", inilah masanya untuk memilikinya.
Nak tahu siapa pelukis-pelukis yang menghasilkan komik di dalamnya? Sebut nama Shah, Maro, Adijin, Aedes, Kromosom, Zafran dan Baba Chuah; pasti semuanya mengenalinya. Pihak editornya telah berjaya membawa Chee, pelukis komik yang menempa nama di arena antarabangsa berkarya. Pujian harus diberikan kepada sang pengkaler iaitu Aura, Bajak dan Silent Gecko. Mereka adalah pejuang-penjuang berjiwa kental dan berhati waja di Battle of Redesign Characters. Turut berkarya ialah Zool.

3 comments:

Wan A. Rafar said...

Nampak menarik - sastra dan komik. Saya juga dulu pernah mengikut majalah Fantasi, tetapi sekarang tidak ada lagi. Sayang.

Kalamtimur said...

terima kasih,
dengar ura-ura Creative Ent. akan menerbit kembali Fantasi. entah bila agaknya...

azhar said...

saya pun menunggu kembalinya fantasi..

sekarang ni mari sesama enjoy
KOMIKOOO!!! wooo---hooo!!!