
Dengan izin Mf Ajif @ 2007
Karekter Dante dari filem animasi dan komik Devil May Cry diolah semula oleh pelukis komik MF Ajif, sahabat saya dalam siri Battle of Redesign Characters yang diadakan secara mingguan. Penyertaan cukup hebat dari kaleris dan pelukis yang berbakat besar. Namun, penyertaan kali ini amat sedikit kerana cuti khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.
Battle kali ini dijangka sengit, berdasarkan karekter Penjejak Badai (Nie Feng) yang terkenal dalam komik Hong Kong, Pedang Setiawan atau pernah difilemkan Storm Riders. Karekter yang dicipta oleh penulis dan pelukis komik Ma Wing Shing cukup berkesan dihati peminat komik tempur dibawah tagline baru Golok Keramat. Siapakah hero ini, kalau kita tidak diperkenalkan dengan seorang lagi hero yang berhati sunyi iaitu Penjejak Awan?
No comments:
Post a Comment