Entri yang "back dated" dan di"bring forward"kan. Punah! punah! bahasa rojak yang digunakan untuk entri kali ini. Berjaya juga saya meminta tanda tangan team g3 di atas majalah komik humor ini, sewaktu bertemu mereka di Restoran dan Hotel Seri Tenang, yang lalu. Apa yang kami bualkan? Tanya Shidie pada dirinya sambil menguyah sup unta yang direbusnya. Wahhh...memulas perut ku, cikgu Kalam asyik mengepos entri tentang komik HK. Perbualan kami dari hal mengira kambing di blog Gayour sampailah kepada cerita peminat-peminat komik tanahair dan majalah humor pada suatu ketika dahulu, namun memerhati dari jauh yang hadir di sesi promosi Sinar Harian, sempena Monsoon Cup. Jambang sempat menunjukkan artworknya yang original dari folionya sambil diperhatikan oleh cikgu Kalam dengan terkedu sambil menelan ayaq liornya. Gayour dan Amang pula buat lawak ketika sesi menangkap gambo.... cikgu Kalam pun meminta permisi untuk berpergian.
Perkembangan terbaru mengenai g3, wait and see dalam isu seterusnya g3 isu 47 bila munculnya tahun 2008.
Perkembangan terbaru mengenai g3, wait and see dalam isu seterusnya g3 isu 47 bila munculnya tahun 2008.
3 comments:
Teringat waktu promosi dulu...sign autograf kat peminat...terengganu...johor...segamat...
universiti....
hahaha
selamat berkartun incik Gandum, masih lagi melukis untuk GG ka?
semenjak berhenti dari lukis dimajalah ujang saya dah tak melukis mana mana majalah....
sekarang mencari rezeki di singapura dan mementap disini...masih rakyat malaysia...
now buat kartun online saje...
Post a Comment