Melihat akan demikian, Perkasa pun teringat akan ajaran gurunya Pemanah Helang, lalu ditusuk dengan pedang ke ari-arinya dari bawah. Tikaman dan tujahan hanya akan memberi bekas dan kesan sekiranya kaki lawannya itu tidak berpijak pada tanah....
Namun tikaman Perkasa sedikit pun tidak memberi bekas. Lawannya yang cukup berpengalaman dengan tenangnya mengelak dirinya dengan membuat pusingan ke udara secara balik kuang. Kemudian dia membuat serangan balas serentak dan bertubi-tubi sehingga Perkasa terpaksa mengundur ke belakang. Perkasa yang sudah sedikit luka di bahagian dalam itu menahan kesakitannya. Dia meraba dadanya. Terasa hangat dan darah hitam yang berkemungkinan mengadungi racun itu tersembur keluar. Perkasa mengetahui dirinya telah terkena racun yang dilepaskan oleh lawannya.
Megat Teri Alam pun turut memuntahkan darah berwarna hitam. Sementara itu serikandi Berselendang Ungu kemudiannya membuat serangan dengan menggunakan selendangnya dengan membuat putaran Kabut Sutera Ungu. Lawannya terasa tercabara dengan serangan yang dilakukan bertalu-talu. Dia tidak tertahan lalu termundur ke belakang dan terus melompat menghilangkan dirinya di sebalik semak samun. Ketika dia menghilangkan dirinya itu, kedengaran suara ketawa berdekah-dekah.
"Hahaha...kita akan berjumpa lagi di lain waktu. Bersegeralah kamu mencari penawar racun ku."
Serikandi Berselendang Ungu pun membawa Perkasa dan Megat Teri Alam ke suatu tempat berhampiran dengan sebuah tempat yang berhampiran dengan air terjun yang dipanggil Air Terjun Telaga Tujuh. Di situ terdapat tujuh anak tangga bertingkat-tingkat dan tujuh telaga.
Selendang Ungu pun tidak banyak bersuara. Dia hanya menyediakan beberapa herba sebagai penawar racun untuk membuat segala bisa yang bersarang di dada Perkasa dan Megat Teri Alam. Kedua-deua anak muda itu diberi rawatan herba dengan bacaan ayat alQuran.
Selang beberpa lama, Perkasa dan Alam pun tertidur dalam keletihan. Selendang Sutera Ungu memandang ke arah wajah Perkasa dan Megat Teri Alam.
"Semoga Allah memberikan perlindungan kepada diri kamu. Aku tidak membiarkan sesiapa pun membinasakan anak rakan seguruku." Selendang Sutera Ungu berkata di dalam hati.
1 comment:
Permalink
Mickey Kaus: 'Sexual Confidence' at Record High! 09/16/05 David Segal on John Gotti's trial.
Great blog! I really loved what you wrote!
By the way, I have a blog too. It gives useful information on how to become a Radio DJ - you'll find every thing from on-air training to creating your first audition CD. It’s EASY and It’s FUN. Plus it’s a great way to pick up some extra cash. I’ll even show you WHERE and HOW to find your first job!
Come check out my blog sometime, you’re sure to find some great hints and tips THAT ARE REALLY USEFUL to help you get on your way as a Radio DJ, best of all it's FREE. Why pay thousands of dollars at a broadcasting school, when I'll give you the exact same information for FREE!
Again, thanks for YOUR words of wisdom. I hope to see you soon.
Post a Comment